Dasar baru pekerja boleh sebabkan pelabur lari, kata dewan perniagaan

Dasar baru kerajaan berkaitan pekerja asing boleh menyebabkan pelaburan dari Amerika Syarikat beralih ke jiran Malaysia di Asean, kata Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (Amcham) hari ini.

“Ini boleh menyebabkan Malaysia rugi,” katanya, dengan negara seperti Indonesia, Vietnam dan Singapura mendapat manfaat dengan mengalu-alukan kemasukan pelaburan AS dengan tangan terbuka.

Amcham mewakili kepentingan perniagan AS di Malaysia.

Ia mengeluarkan amaran berkait larian pelaburan itu berikutan langkah kerajaan Malaysia menguatkuasakan dasar baru pekerja yang memberi keutamaan kepada pekerja tempatan berbanding pengambilan pekerja asing dan kakitangan ekspatriat.

Amcham menggesa Kementerian Sumber Manusia supaya menimbangkan semula dasar itu dengan berkata, syarikat antarabangsa milik AS mempunyai dasar pengambilan pekerja tempatan yang mantap dengan sesetengah syarikat mengambil hingga 90% pekerja tempatan.

Ia berkata, saiz penduduk Malaysia menawarkan bilangan pekerja yang terhad yang perlu “diperluaskan”.

Bagaimanapun katanya, dasar baru itu akan mempengaruhi keputusan pelaburan sekiranya mobiliti pekerja terus dihadkan.

“Pergerakan dan penggunaan tenaga kerja, termasuk ekspatriat, penting bagi operasi (syarikat),” katanya.

Merujuk kepada data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) Amcham berkata, syarikat AS melabur sebanyak RM28 bilion di negara ini tahun lepas. FMT

Kenapa pelabur keluar tinggalkan pasaran Malaysia ?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker