3 jam bersiap untuk anime berhijab

Minat mendalam terhadap karektor anime dari Jepun tidak menghalang penuntut wanita menjadi pemain cosplay walaupun berhijab.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Seni Lukis dan Seni Reka) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nurul Aiman Salim, 24, berkata, pemilihan karektor amat dititikberatkan setiap kali memperagakan sesuatu kostum.

“Sebelum mula memilih cosplay, saya kaji dulu perwatakan dan personaliti karektor anime berkenaan.

“Saya elakkan memakai kostum karektor yang membawa unsur-unsur bertentangan dengan agama seperti seksi yang melampau atau perwatakan negatif.



“Malah, ketika sesi fotografi juga saya berhati-hati dalam memilih ‘pose’ yang sesuai agar imej cosplay berhijab tidak dipandang negatif masyarakat,” katanya kepada Harian Metro.

Nurul Aiman atau nama pemainnya Ai Nurul berkata, dia mula meminati hobi memperagakan Cosplay sejak sekolah rendah lagi.

“Saya jadikan ia hobi disebabkan minat yang mendalam dalam anime terutamanya siri Naruto dan permainan video Tekken.

“Dengan memperagakan kostum sesuatu karektor itu, ia seakan-akan membolehkan saya membawa wataknya di dunia nyata walaupun mengambil masa bersiap hampir 3 jam,” katanya.



Menurutnya, hobi ini kian mendapat sambutan dalam kalangan masyarakat dengan adanya platform media sosial seperti Instagram, Facebook dan Tik Tok.

Katanya, menerusi platform itu pemain-pemain cosplay dari dalam negara boleh berinteraksi dan berkongsi pengalaman mengenai hobi ini dengan mudah.

“Sejak 2015 hingga kini, saya berjaya mengumpul 30 kostum milik pribadi yang dibeli dalam talian dan ada yang dijahit sendiri.

“Dengan adanya media sosial, saya dapat berkongsi minat dan menambah rakan dengan ‘cosplayer’ lain terutamanya mereka yang berhijab,” katanya.



Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu berkata, tidak salah berhibur dengan hobi yang diminati namun perlu berpada-pada.

“Perlu ukur baju di badan sendiri, jika tiada wang jangan sampai menyusahkan diri atau orang lain hanya kerana kejarkan minat.

“Tiga kostum anime terbaik yang saya miliki antaranya Ruby Rose dari RWBY, Lady Ciel dari Black Butler dan Sarada Uchiha dari Boruto: Naruto Next Generation,” katanya.

Terdahulu, Nurul Aiman berkongsi minatnya memperagakan kostum anime di aplikasi Tik Tok dan mendapat perhatian warganet sehingga meraih lebih 300,000 tontonan setakat ini. HM



Robot anime Gundam setinggi 18 meter buat kemunculan pertama di Yokohama, mampu bergerak sepenuhnya [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker