Op Mabuk: 18 ditahan, 153 saman pelbagai kesalahan [VIdeo]

Share

Sebanyak 153 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya membabitkan pelbagai kesalahan menerusi Ops Mabuk Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Johor, bermula 9 malam hingga 2 pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata seramai 18 individu berusia 32 hingga 56 tahun ditahan mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, dalam operasi serentak dijalankan di lapan daerah dalam Kontinjen Johor.

Katanya, kekuatan keseluruhan JSPT Johor bagi Ops Mabuk itu membabitkan 11 pegawai kanan dan 65 anggota di lapan lokasi sekatan jalan raya (SJR) ditetapkan.

“JSPT akan sentiasa membuat operasi yang konsisten tidak kira kesalahan apa termasuk (membabitkan) lori perdagangan dan mabuk. Sejak penguatkuasaan Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan pindaan 2020 ia boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun dan denda tidak kurang RM10,000, lesen mungkin akan digantung.

Ops Lalang: Tulisan Mahathir Menggambarkan Kenyanyukannya

“Sejak 23 Oktober lalu hingga semalam, polis sudah melaksanakan 25 operasi dengan 42 tangkapan yang 19 daripadanya sudah dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (hukuman baharu).

“Pindaan baharu kandungan alkohol dikurangkan kepada 50 miligram. Sama ada ia berkesan atau pun tidak, ia bergantung kepada masyarakat patuh atau tidak patuh.

“Kerajaan buat undang-undang, buat pindaan dibentangkan di Parlimen adalah peraturan yang betul dan sudah dipertimbangkan, bukannya dibuat secara terdesak, sebaliknya adalah untuk memastikan kes kemalangan dapat dikurangkan,” katanya ketika ditemui selepas operasi berkenaan di Stulang Laut, malam tadi.

Zahid Rakam Takziah Petugas Op COVID-19 Pitam Meninggal Dunia

Ayob Khan berkata, bagi tempoh Januari hingga 30 Oktober (semalam), sebanyak 346 Ops Mabuk dengan 662 tangkapan membabitkan jumlah yang dituduh adalah 627 orang mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Waktu ada pertuduhan, ada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mempertikaikan kenapa undang-undang kita terlalu keras. Inilah yang kita katakan ini, apabila ada undang-undang tidak mahu ikut, mempertikaikan undang-undang.

“Namun apabila terjadi insiden, jadi isu besar. Saya rasa kalau rakyat semua faham, perkara ini tidak akan berlaku. Bukannya kita tidak benarkan mereka minum, tapi ikut peraturan,” katanya.

Leave a Reply