Kerajaan perlu gubal undang-undang anti lompat parti

KUALA LUMPUR: Majlis Peguam sekali lagi menggesa kerajaan agar menimbangkan keperluan menggubal undang-undang anti lompat parti semasa persidangan Dewan Rakyat yang akan datang bagi menghalang ahli Parlimen daripada beralih parti.

Presidennya Salim Bashir berkata, ini kerana Malaysia berdepan beberapa pergolakan politik yang serius sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Majlis Peguam berpandangan bahawa tidak ada sekatan bagi Parlimen untuk menggubal undang-undang anti lompat parti di peringkat persekutuan, meskipun ia bercanggah dengan keputusan Mahkamah Agung pada 1992 dalam kes Dewan Undangan Negeri Kelantan menentang Nordin bin Salleh dan seorang lagi.

“Perkara 10(1)(c) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa setiap warganegara mempunyai hak untuk berpersatuan.

Teka-teki nasib 14 ADUN lompat parti

“Namun turut termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 10(2) ialah Parlimen, melalui undang-undang, boleh mengenakan sekatan yang dianggap perlu atau bermanfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagian daripadanya, ketenteraman awam atau moral.

“Kami berpendapat bahawa beralih parti selepas diundi rakyat merupakan satu pengkhianatan terhadap kepercayaan yang diberikan kepada mereka.

“Perlakuan sedemikian adalah politik yang tidak beretika dan perlu dielak bagi memelihara struktur demokratik di negara kita,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Saman Yang Dipertuan Agong, Siapakah peguam ini?

Beliau berkata, undang-undang anti lompat parti adalah mustahak untuk memperkukuh kestabilan politik dan kepercayaan umum terhadap proses demokratik, selain tidak menjejaskan keputusan yang dibuat oleh pengundi.

Justeru itu, tindakan melompat parti atau berpaling tadah sama ada di Dewan Undangan Negeri atau Parlimen seharusnya dijadikan satu perbuatan yang tidak sah bagi memelihara kedaulatan undang-undang dan integriti perlembagaan, katanya.

Tangguh dahulu pilihan raya, kalau tidak boleh patuh 3 prinsip

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker