Empat mati, 120 cedera akibat gempa bumi kuat di Turki dan Greece

ISTANBUL – Gempa bumi kuat berukuran 6.9 pada skala Richter melanda Kepulauan Dodecanese, Greece pada 7.51 malam tadi.

Gempa itu berlaku kira-kira 67 kilometer Barat Daya dari Izmir, Turki, pada kedalaman 10 kilometer.

Gempa bumi kuat melanda Laut Aegea pada Jumaat, di mana gegaran itu dirasai di Greece dan Turki.

Beberapa bangunan di wilayah Izmir turut runtuh akibat gegaran berukuran 7.0 itu.



Empat orang terbunuh dan 120 cedera dalam kejadian di pantai barat Turki dan beberapa bahagian di Greece hari ini, kata menteri kesihatan Turki, Fahrettin Koca.

“Malangnya, empat warganegara kita kehilangan nyawa dalam gempa bumi yang memusnahkan bangunan di bandar peranginan pantai Izmir di Turki,” katanya. MG

Bezanya Turki dengan UAE



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker