Covid-19 : 659 kes baru hari ini, 1000 sembuh

Share

Malaysia mencatatkan kes pulih harian tertinggi sejak penularan wabak itu dengan 1,000 disahkan sembuh hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dalam pada itu 659 kes baru dicatatkan dengan hanya 1 kes import.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
31 Okt 2020
Kes sembuh=1000
Jumlah kes sembuh=21,248 kes
Kes baharu positif=659
(kes import=1, kes tempatan=658)
Jumlah positif=31,548 kes
Kes kematian=0
Jumlah kes kematian=249 kes
Kes dirawat di ICU=83 kes
Bantuan Alat Pernafasan=19 kes


1000 kes sembuh dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 21,248.

Terima kasih petugas kesihatan!

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Kenyataan Media 31 Oktober 2020 Pada Sabtu

Hari ini sembilan kes positif COVID-19 dikesan di Sarawak. Daripada jumlah tersebut, seramai enam kes adalah di daerah Kuching, dua kes di daerah Miri dan satu kes di daerah Samarahan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 881 kes.

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply