UMNO Tak Minat Bincang Jawatan TPM, Tumpu Belanjawan dan Covid-19 · MYKMU.NET

UMNO Tak Minat Bincang Jawatan TPM, Tumpu Belanjawan dan Covid-19

Share

 

Mesyuarat Khas Agung UMNO pada malam tadi telah berakhir kira-kira jam 12.30 pagi ini.

Melalui Kenyataan Media 6 perenggan oleh Presiden UMNO yang telah dikeluarkan perkara berkenaan isu untuk memilih calon Timbalan Perdana Menteri tidak berbangkit dalam kenyataan media ini. Baca Laporan : Kenyataan Media Presiden UMNO

Walaupun pada awalnya terdapat desas desus yang mengatakan bahawa perkara calon timbalan perdana menteri adalah antara perkara pokok yang akan dibincangkan oleh MT dalam mesyuarat khas berkenaan.

Ini kerana menurut laporan yang diterbitkan oleh SuaraTV, sumber memaklumkan bahawa hanya satu nama dihantar oleh UMNO bagi jawatan berkenaan  sebelum ini dan ianya telah ditolak oleh Muhyiddin. Baca laporan : Timbalan Perdana Menteri, Hanya Satu Nama Dimaju Oleh UMNO

Sehubungan dengan itu, jika UMNO tidak menghantar nama lain bagi calon timbalan perdana menteri ini bermakna jawatan berkenaan tidak akan diisi dalam masa terdekat.

Calon TPM, Mohamad Hasan, Ismail Sabri atau Hishammuddin?

Pada perenggan 6 dalam kenyataan media berkenaan UMNO jelas mahu mandat dikembalikan kepada rakyat setelah pendemik Covid-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum.

Sebelum ini media melaporkan bahawa UMNO akan membincangkan siapakah yang akan dicalonkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Ternyata semua dakwaan itu tidak menjadi kenyataan kerana UMNO meletakkan isu belanjawan dan isu pandemik Covid-19 sebagai keutamaan sekarang berbanding isu jawatan Timbalan Perdana Menteri.

UMNO juga mahu parlimen dibubarkan apabila pandemik Covid-19 ini dapat diatasi dan berada pada tahap minima bagi rakyat membuat pilihan untuk memilih kerajaan yang stabil.

Zahid layak jadi TPM – Tajuddin

 

 

 

 

Leave a Reply