Rewatch 10 Filem Rom-Com 90an Best Bikin Kamu Cair

Nak berkongsi beberapa filem bergenre komedi romantik yang sesuai dengan mood cinta.

Bukan filem yang terkini tapi era 90an yang penuh nostalgia. Kebanyakan filem-filem era ini memaparkan jalan cerita yang sangat relate, sinematografi cukup cantik mempesona, wardrobe sesuai dipakai hari ini serta pelbagai lagi elemen menarik membuatkan ia masih menjadi pilihan penonton.

You’ve Got Mail (1998)
Filem yang sedang penulis tonton. Jalan cerita yang simple tapi penuh dengan adegan romantis dan manis yang membuatkan penonton rasa cukup terhibur.

Tom Hanks dan Meg Ryan, masing-masing terjebak dalam percintaan dunia siber. Keserasian pasangan ini tidak perlu dipertikaikan kerana mereka adalah “rom-com king and queen” untuk era 90an.

Sleepless in Seattle (1993)
Sekali lagi menampilkan Tom Hanks dan Meg Ryan. Annie Reed (Meg Ryan) mendengar cerita Sam Baldwin (Tom Hanks) di radio, dan siapa sangka episod percintaan bermula dari situ.

Kehidupan mereka dipisahkan di dunia negeri, pasangan ini terpaksa melalui rintangan untuk bertemu. Sediakan tisu kerana ada barak menyayat hati yang confirm bikin anda menangis!

Notting Hill (1999)
Pernah tak terbayang bercinta dengan selebriti? Ya, ini ceritanya! Notting Hill menceritakan kisah Will Thacker (Hugh Grant) yang merupakan seorang pemilik kedai buku mengenali seorang wanita Anna Scott, pelakon terkenal lakonan Julia Roberts.

10 Things I Hate About You (1999)
Kisah percintaan remaja yang berlainan personaliti. Patrick (Heath Ledger) budak jahat dan nakal, manakala Kat (Julia Stiles), si anti sosial punya banyak kerenah – namun ada perasaan unik timbul antara mereka.

Before Sunrise (1995)
Betullah orang kata cinta itu buta, cinta itu tidak mengenal usia dan berlaku di mana sahaja. Before Sunrise menceritakan tentang seorang lelaki (Ethan Hawke) dan wanita muda (Julie Delpy) bertemu di kereta api di Eropah, menghabiskan satu malam bersama di Vienna.

Yang best, setiap babak ada isinya dan langsung tidak membosankan, malah mereka berdua juga miliki keserasian yang luar biasa.

Clueless (1995)
Setiap pakaian Cher Horowitz (Alicia Silverstone) memang membuatkan kita cemburu. Filem klasik 90an tentang kehidupan seorang remaja Beverly Hills yang dalam diam jatuh cinta pada Josh Lucas (Paul Rudd), jejaka baik hati.

Pretty Woman (1995)
Merupakan antara filem paling ikonik yang diingati ramai. Tonton kisah cinta antara dua darjat apabila pelacur lakonan Julia Roberts yang dilanggan oleh usahawan kaya lakonan Richard Gere bukanlah untuk memuaskan nafsu tetapi untuk menjadi teman wanita upahan.

Jerry McGuire (1996)
Ini adalah pilihan yang baik jika anda cuba meyakinkan seseorang yang bukan peminat rom-com untuk menonton bersama.

Tom Cruise sebagai egen sukan meninggalkan tugasnya demi membuka agensi sendiri, dan satu-satunya rakan sekerja yang memutuskan untuk bersamanya adalah seorang ibu tunggal, yang dilakonkan Renée Zellweger. Mereka mula jatuh cinta tetapi sayangnya tidak semua berjalan lancar.

Never Been Kissed (1999)
Pesona Drew Barrymore yang luar biasa dalam Never Been Kissed tidak akan dilupakan. Filem ini bukan sekadar komedi romantik, tapi juga memaparkan pengalaman sekolah menengah yang fun dan penuh drama.

One Fine Day (1997)
Always be my favorite! Sebuah kisah percintaan melibatkan ibu bapa tunggal. George Clooney dan Michelle Pfeiffer adalah ibu bapa tunggal. Mereka dipertemukan kerana kejadian field trip yang tidak diingini, memaksa untuk menjaga anak masing-masing. Siapa sangka mereka mula mengenali dan jatuh cinta.

Selamat Menonton. Wn

Ayat cinta kebas RM6,000

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker