‘PRANK’ Jahanamkan Proton Iswara Rakan Demi Content, YouTuber Ini Terima Respon Pelbagai Netizen tapi Akhirnya… [Video]

Sejak akhir-akhir ini dapat dilihat pelbagai idea dan content YouTube telah dihasilkan oleh anak muda tempatan. Bermula daripada video masakan sehinggalah kepada video prank yang diinspirasikan daripada YouTuber negara luar.

Pada kali ini, YouTuber Isa Isarb sekali lagi mencipta kontroversi serta mengundang kecaman netizen apabila menghasilkan sebuah video menghancurkan kereta pekerja merangkap rakannya sendiri semata-mata demi konten.

Screen Shot 2020-10-29 at 3.00.25 PM

SUMBER: YOUTUBE ISA ISARB

Berdasarkan video yang dimuat naik, YouTuber ini memaklumkan rakannya menggunakan kereta Proton Iswara yang kerap rosak. Sebagai cara untuk ‘menghargai’ rakannya, YouTuber ini memilih untuk membuat suprise buat rakannya.

Berdasarkan perancangan, beliau turut menyebutkan mahu membakar kereta rakannya namun rancangan beliau telah dihalang pihak berkuasa. Oleh yang demikian, beliau bersama pasukannya telah memecahkan cermin dan memancitkan tayar Proton Iswara.

Screen Shot 2020-10-29 at 2.58.33 PM

SUMBER: YOUTUBE ISA ISARB

Di sebalik kerosakan yang dibuat, YouTuber telah menggantikan rakannya Faizal dengan sebuah kereta baharu iaitu Perodua ARUZ. Lebih hebat, kereta baharu ini telah dibayar sepenuhnya secara cash sebelum diberikan kepada rakannya.

Meskipun YouTuber ini mempunyai niat yang baik serta mempunyai cara yang unik untuk meraih jumlah tontonan di YouTube, cara yang dipilih Isa Isarb nyata kurang digemari segelintir netizen apabila beliau sanggup memecah dan merosakkan Proton Iswara rakannya. Apatah lagi melihatkan kereta ini merupakan kereta daripada jenama tempatan. Berikut antara komen daripada netizen.

Screen Shot 2020-10-29 at 2.43.14 PM

Screen Shot 2020-10-29 at 2.43.31 PM

Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang menyokong tindakan Isa Isarb serta melabelkan beliau sebagai MrBeast Malaysia.

Screen Shot 2020-10-29 at 2.42.53 PM

Screen Shot 2020-10-29 at 2.43.37 PM

Screen Shot 2020-10-29 at 2.43.57 PM

Image from Isa Isarb (YouTube)

Image via Isa Isarb (YouTube)

Image from Isa Isarb (YouTube)

Image via Isa Isarb (YouTube)

Image from Isa Isarb (YouTube)

Image via Isa Isarb (YouTube)

Image from Isa Isarb (YouTube)

Image via Isa Isarb (YouTube)

Image from Isa Isarb (YouTube)

Image via Isa Isarb (YouTube)

Image from Isa Isarb (YouTube)

Image via Isa Isarb (YouTube)

Image from Isa Isarb (YouTube)

Image via Isa Isarb (YouTube)

Image from Isa Isarb (YouTube)

Image via Isa Isarb (YouTube)

Apa pula komen anda? Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut gabungan prank dan sedekah yang dijalankan oleh

YouTuber ini.

[embedyt] https://www.youtube.com/watch?v=lXYNSNr0HhY[/embedyt]

Sumber: TheVocket.com / says.com

Sebelum ini YouTuber ini pernah ditegur pihak berkuasa selepas cuba mengagihkan RM10,000 di hadapan Istana Negara.

‘CONTENT’ disukai ramai, Athisha adik Neelofa perkenal semua adik-beradiknya di Youtube. Tak sangka… [ VIDEO ]

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker