Mana ada kecoh, ahli UMNO tenang saja – Khaled

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan dakwaan persaingan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) daripada UMNO telah mencetuskan polemik dan kekecohan dalam kalangan ahli.

Beliau berkata semua ahli UMNO tenang dan terus komited menumpukan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Akhbar kata persaingan jawatan TPM parti UMNO mencetuskan polemik dan kekecohan (dalam) kalangan ahli-ahlinya.
“Mana ada kecoh, ahli-ahli UMNO tenang saja.

“Ini kerana kami komited tumpu kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat,” katanya dalam satu ciapan di akaun Twitternya di sini pada Jumaat.

Sebelum ini, beberapa media melaporkan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini sedang mempertimbangkan untuk melantik TPM daripada parti tunjang Barisan Nasional (BN) itu sebagai timbal balas terhadap sokongan mereka untuk Rang Undang-Undang Pembekalan (Belanjawan) 2021 dan kestabilan politik negara.

Bagaimanapun Mesyuarat khas Majlis Tertinggi (MT) UMNO kali kedua yang berlangsung semalam langsung tidak membincangkan tentang pelantikan jawatan itu sebaliknya memutuskan agar pilihan raya umum (PRU) diadakan selepas pandemik COVID-19 dapat dikawal dan berada di peringkat minimum. Awani

https://mykmu.net/2017/07/13/dap-tandus-isu-khaled/

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker