Jumlah pampasan kepada FGV lebih rendah daripada jangkaan – Abdul Wahid Omar

Share

KUALA LUMPUR: Jumlah pampasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kepada FGV Holdings Bhd (FGV) berikutan penamatan perjanjian pajakan tanah (LLA) berkaitan ladangnya akan menjadi lebih rendah daripada jangkaan yang dinyatakan FGV, iaitu antara RM3.5 bilion hinggga RM4.3 bilion.

Pengerusi pasukan petugas khas bagi menangani isu Felda, Abdul Wahid Omar berkata, perkara itu akan dibincangkan lebih lanjut dengan FGV.

“Pampasannya adalah lebih rendah daripada apa yang dinyatakan oleh FGV. Tetapi kami tidak mahu membincangkannya sebelum berunding dengan pengurusan FGV, ” katanya pada taklimat media berkaitan kenyataan FGV semalam mengenai jumlah pampasan yang dijangka diterimanya.

Abdul Wahid berkata, jumlah yang akan dibayar kepada syarikat perladangan itu turut melibatkan 68 kilang kelapa sawitnya.

Abdul Wahid Omar.

“Tujuannya adalah untuk mengambil alih kilang tersebut. bukan sahaja melibatkan ladang, tetapi ia juga melibatkan kilang juga.

“Justeru, kilang berkenaan tidak terlibat,” katanya.

Peneroka sokong Felda ambil alih FGV [Video]

Menurut FGV menerusi kenyataannya baru-baru ini, kilang berkenaan hanya mewakili 30% daripada buah tandan segar.

LLA itu merujuk kepada ladang milik Felda seluas 350,733 hektar yang dipajakkan kepada FGV selama 99 tahun dari 1 November, 2011.

Rabu lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan berkata, penamatan LLA dan penerbitan sukuk bernilai RM9.9 bilion oleh Felda adalah beberapa cadangan yang diluluskan oleh Kabinet bagi pelaksanaan pelan pemulihannya.

Abdul Wahid juga menyatakan hasrat Felda untuk melupuskan asetnya di luar dan dalam negara bagi memastikan aliran tunai lancar.

Sementara itu, Pengerusi FELCA Idris Jusoh berkata, Felda mempunyai aset di London, Kuching, Sabah dan beberapa hotel di Malaysia.

Langkah tepat kembalikan kegemilangan Felda

“Sebelum melupuskan aset tersebut, kami perlu melihat nilainya. Sebagai contoh, kami mendapat tawaran untuk aset kita di London dengan nilai 300 juta pound Britain.

“Kami memutuskan untuk tidak berbuat apa-apa dan menunggu terlebih dahulu.

“2-3 tahun lagi mungkin kita akan mendapat tawaran lebih tinggi, 500 juta pound Britain. Jadi sekarang mungkin belum masa yang sesuai untuk melupuskannya. Apabila masa dan harga ditawarkan sesuai, kami akan melakukannya,” katanya.

Perniagaan, operasi FGV telah bersedia bagi penamatan LLA

Leave a Reply