Covid-19 : 799 kes baru hari ini dengan 3 kematian

Kes Covid-19 masih kekal 3 digit dengan 799 jangkitan dilaporkan hari ini dengan 3 kematian manakala 491 sembuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Sabah masih mencatatkan kes harian tertinggi dengan 466 jangkitan diikuti Selangor (150), Labuan (65) dan Pulau Pinang (35).

Manakala tiada kes baharu direkodkan di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

“Dukacita dimaklumkan 3 kematian dilaporkan hari ini,” katanya pada sidang media hari ini.

Terkini. 30 Okt. Kes baharu #COVID19 hari ini kekal 3 digit iaitu 799.

Sabah masih tertinggi (466) hasil keberkesanan saringan bersasar, Selangor (150), Labuan (65), PP (35).

Tiada kes – Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka.

491 sembuh, 3 kematian dan 8 kluster baharu.

491 kes sembuh dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes sembuh melebihi 20,000 kes.

Terima kasih atas usaha dan pengorbanan anda semua, petugas kesihatan!

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Kenyataan Media 30 Oktober 2020 Pada Jumaat

Hari ini 16 kes positif COVID-19 dikesan di Sarawak. Seramai tujuh kes telah dikesan di daerah Kuching, tujuh kes di daerah Miri dan satu kes masing-masing di daerah Limbang dan daerah Lundu. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 872 kes.

Berita lanjut menyusul

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker