Tiada cara elak PRN Sarawak, kata Abdul Karim

Seorang menteri Sarawak berkata, lonjakan kes Covid-19 di Sabah selepas pilihan raya negeri tidak patut dijadikan alasan untuk negeri itu menangguhkan PRN.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pendatang asing tanpa izin yang ramai di Sabah serta penduduk tempatan tinggal di kawasan padat antara faktor menyumbang kepada penularan Covid-19 di negeri itu.

Katanya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak tampil dengan SOP ketat untuk tempoh berkempen, hari penamaan calon dan pengundian, selepas pembubaran Dewan undangan Negeri Sabah.

“Pelbagai parti politik meneruskan kegiatan kempen dan SOP lebih ketat tidak dilaksanakan, yang menyebabkan lonjakan kes selepas pilihan raya,” katanya kepada FMT.

“Kami mengakui kebimbangan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, yang menentang sebarang pilihan raya diadakan ketika ini disebabkan pandemik, tetapi senario di Sarawak berbeza.

“Selain itu, kami perlu mengadakan PRN menjelang Jun, kecuali darurat diisytiharkan, yang tidak mungkin berlaku.”

Oleh itu, katanya, tiada cara untuk Sarawak mengelakkan PRN kerana penggal DUN sekarang akan tamat dalam beberapa bulan.

Ditanya jika kerajaan negeri akan mempertimbangkan untuk menunggu semua daerah dikategorikan sebagai zon hijau Covid-19 sebelum pembubaran DUN, Karim berkata: “Tiada orang boleh meramalkan apa yang akan berlaku seterusnya, sama ada akan berlaku lonjakan atau penurunan jumlah kes Covid-19 di negeri ini.”

Katanya, kerajaan negeri akan memantau keadaan itu dan mengadakan pilihan raya apabila keadaan “lebih selamat dan sesuai, walaupun jika Covid-19 masih ada”.

“Jika tidak, DUN akan bubar secara automatik, tidak kira Sarawak zon merah atau hijau.”

Katanya, SPR dan KKM perlu tampil dengan SOP lebih ketat untuk mengelakkan Covid-19 menular ketika PRN tanpa mengekang hak rakyat untuk mengundi. FMT

Karim Bujang Banglo 8 juta, Resort, Shafie Apdal banglo 13 juta, RM53 juta Albion Street London, rakyat dapat apa?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker