Gara-Gara Gambar Ini, Posting Uyaina Arshad Dihujani Komen Netizen, Lawak!

Dibintangi pelakon berbakat tanah air, drama arahan Micheal Ang ‘Perempuan Tanpa Dosa’ mendapat perhatian ramai kerana memaparkan adegan penuh emosi. Rata-rata tidak sabar menanti kesudahan perhubungan di antara Lily (Uqasha Senrose) dan Rizal (Kamal Adli).

Namun, gara-gara foto ini, posting Uyaina Arshad dihujani komen netizen yang terhibur melihat scene beranak yang dilakonkan Uqasha Senrose. Foto tersebut menunjukkan Uqasha memakai seluar panjang terbaring menahan kesakitan.

 

Maksu akan jaga baby baik-baik

Maksu janji Maksu akan jaga baby baik-baik.

Makin banyak konflik yang terjadi dalam Perempuan Tanpa Dosa. Jangan lupa tengok minggu ke-empat esok!
#UyainaArshad #PerempuanTanpaDosa

Di Facebook, Uyaina Arshad yang memegang watak sebagai Usu Sakinah memuat naik beberapa keping gambar menunjukkan Lily (Uqasha Senrose) melahirkan anak.

Netizen mula meninggalkan komen mencuit hati apabila melihat Uqasha Senrose mengenakan seluar panjang dan darah pekat di dahi Uyaina. Bukan itu sahaja, ada sesetengah netizen yang mempertikaikan saiz bayi yang dilahirkan.

‘Mungkin seluar mesra aurat’

‘Angle camera lain’

Tidak kurang juga yang menjelaskan angle kamera babak tidak sama seperti gambar. Jadi, netizen tidak perlulah pening kepala memikirkan scene di sebalik tabir itu.

Sumber: Uyaina Arshad

Kredit: OHBulan

‘Itu gambar belakang tabir, mana sama’ – Michael Ang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker