Begini Keakraban Mariah Carey dan Artis Hollywood lain Dengan Pengiran Azim Yang Ramai Tak Tahu

Share

Dikagumi sebagai seorang lelaki yang mulia dan pemurah, pemergian Allahyarham Pengiran Muda Haji Abdul Azim amat mengejutkan dan sehingga hari ini, masih belum diketahui punca kemangkatan baginda.

Sejak berita kemangkatan baginda, banyak media yang mengaitkan dirinya dengan artis-artis popular di dunia termasuklah Mariah Carey. Ada khabar mengatakan baginda bersahabat baik dengan penyanyi pemenang Grammy itu.

Ini dapat dibuktikan dalam sebuah acara berprestij, di manaCarey pernah berpose dengan baginda di karpet merah Noble Gift Gala pada bulan Disember 2011 dan menghadiri pesta ulang tahun ke-30 putera pada tahun 2012.

Namun tidak dapat dipastikan bagaimana hubungan akrab baginda dan Carey. Sehingga hari ini pun, Carey tidak memuatnaik ucapan takziah di atas kemangkatan baginda di media sosialnya.

Ada beberapa hal yang membuatkan ramai yang berspekulasi bahawa kedua-kedua mereka bersahabat baik. Manakan tidak, pada akhir tahun 2013, penyanyi wanita terkaya di dunia itu diundang oleh baginda untuk menyanyi dengan bayaran yang tinggi.

Dipetik dari Beritasatu.com, Carey dibayar hampir AS$1.5 juta atau hampir RM6 Juta untuk menyanyi di pesta Malam Tahun Baru di London, England, yang dibuat oleh oleh anakanda Sultan Brunei itu.

Pada acara yang diadakan di hotel Dorchester bintang lima itu, Carey menyanyikan tiga buah lagu dalam persembahannya, termasuk “Always Be My Baby” dan tentu saja lagu wajib malam baru “Auld Lang Syne”.

Carey diketahui telah berkawan baik dengan baginda selama bertahun-tahun, dan mereka banyak melakukan kerja amal bersama. Dalam majlis itu, Carey membawa suami dan dua anaknya bersama pasukan khasnya.

Mereka terbang dari Amerika Syarikat (AS) dengan jet dan menginap di hotel Harlequin Suite mewah yang berharga £ 5,000 setiap malam, yang dimiliki oleh Perkhidmatan Pelaburan Brunei.

Selain itu, baginda pernah menghadiahkan barang kemas berlian kepada Carey pada September 2006, di mana itu baginda baru berusia 24 tahun. Dipetik dari DiamondWorld.net, Carey menerima hadiah itu sebelum melakukan persembahan live di New Yorks Madison Square Garden di hadapan 20,000 peminat. Sebuah jet peribadi diterbangkan khan untuk membawa hadiah tersebut.

Pengiran Azim ditemani Pamela Anderson (kiri) dan Mariah Carey (tengah). (Foto: Daily Mail)

Nampaknya baginda sangat menyayangi dengan penyanyi bersuara emas ini. Namun agak menyedihkan apabila tiada ucapan atau posting mengenai baginda di media sosial Carey.

Tidak seperti Carey, penyanyi Janet Jackson dilihat mengucapkan ucapan takziah atas pemergian sahabat baiknya itu.

Perkara itu diucapkan Janet menerusi perkongsian di Instagram Story miliknya pada Ahad.

“Azim, saya sayang awak dan Insyallah tiada lagi kesengsaraan. Dengan nama yang Maha Esa, semoga kamu dilindungi. Amin,” ujar adik Michael Jackson itu.

Pengiran Muda Abdul Azim terkenal dalam kalangan para selebriti di Hollywood. Pemergian baginda diumumkan pihak Istana Brunei yang memaklumkan putera berusia 38 tahun itu meninggal dunia jam 10.08 pagi Sabtu
Sementara itu..

Naomi Campbell Ibaratkan Pengiran Azim Sebagai Malaikat Di Bumi

Menerusi sebuah muatnaik posting terbaru dari Pengiran Muda Abdul Mateen atau Prince Mateen di Instagram semalam (27/10), Mateen telah mendedahkan bahawa kekandanya menghidap penyakit vaskulitis sistemik yang teruk yakni merupakan penyakit autoimun. Mateen memberitahu, Pengiran Azim mengalami kegagalan organ yang disebabkan oleh jangkitan berterusan, kerana penyakit autoimun.

Penjelasan dari Mateen ini mendapat reaksi dari pelbagai komen di seluruh dunia, termasuklah ucapan takziah dari Tunku Abdul Rahman, Tengku Puteri Iman Afzan dan model antarabangsa, Naomi Cambell.

Naomi Cambell mengucap takziah kepada Mateen dan berkata foto yang dimuatnaik oleh Mateen itu cukup bermakna untuk dirinya.

“Ini adalah bagaimana saya bertemu anda berdua pada tahun 90-an dengan pakaian seperti ini, saya tidak akan lupa hari itu. Azim telah memberikan sinar dan kegembiraan kepada semua yang mengenalinya.

Katanya lagi, Pengiran Azim dibaratkan sebagai malaikat di bumi yang sentiasa berada di dalam hatinya.

“Azim memiliki naluri yang kuat dan bersifat pelindung! Dia adalah malaikat di bumi ini. Saya akan selamanya menyimpan dia di hati saya. Takziah saya ucapkan kepada anda, Pengiran Mateen dan keluarga anda”- tulis Naomi di dalam salah satu komen di Instagram Mateen.

Pengerian Azim pernah bersama dengan Naomi Campbell di pertunjukan fesyen Marc Jacobs selepas pesta fesyen di London Fashion Week pada tahun 2007.

Selain berkawan rapat dengan Naomi Campbell, Pengiran Azim sering mengadakan beberapa acara bersama tetamu selebriti terkenal yang termasuklah Mariah Carey, Sophia Loren, Marisa Tomei, dan Pamela Anderson.

Selain itu, dia juga dilaporkan cukup dekat dengan Raja Pop, mendiang Michael Jackson dan adiknya, Janet Jackson.

Kredit: Murai

Bersahabat Dengan Mariah Carey, Ini 5 Fakta Mengenai Allahyarham Pengiran Muda Haji Abdul Azim

Leave a Reply