Shahrir sindir siapa berlagak? Tok Mat relaks sahaja

Share

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menyindir pemimpin dalam parti yang dilantik memegang jawatan namun bersikap berlagak daripada pemimpin yang dipilih oleh ahli-ahli.

Bekas menteri Kabinet itu berkata, padahal pemimpin tertinggi parti seperti Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan kekal tenang walaupun dilantik atas kapasiti pilihan akar umbi.

“Minum petang tadi (semalam) dengan YB Dato Mohamed Hassan, Timbalan Presiden UMNO Malaysia. Timbalan Presiden UMNO pun dipilih olih ahli parti.

“Bukan jawatan Presiden sahaja. Dan ada lagi naib-naib presiden dan ketua-ketua sayap UMNO. Semua dipilih olih ahli parti. Ada mandat.

“Tapi yang songsangnya keadaan sekarang, orang yang dilantik berlagak lebih dari mereka yang dipilih.

“Anyway, Tok Mat Hassan relax je. Saya pun tumpang relax,” katanya dalam hantaran di Facebooknya semalam sambil memuat naik gambar Mohamad.

Hantaran Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu telah menimbul spekulasi apabila apabila ada netizen yang memetik nama Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sebagai pemimpin yang dilantik dan berlagak.

Annuar sebelum ini dilantik Setiausaha Agung UMNO dan kini adalah Setiausaha Agung Barisan Nasional dan Setiausaha Agung Bersama Sekretariat Muafakat Nasional.

Ahli Parlimen Ketereh itu tewas kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dalam pertandingan jawatan Timbalan Presiden UMNO pada Jun 2018. MG

Saya dah kata, setiap langkah Mahathir untuk jadikan Mukhriz PM, kata Najib

Leave a Reply