Ronnie Liu ditahan atas hantaran FB ‘menghasut’

Adun Sungai Pelek Ronnie Liu didakwa telah ditahan polis ekoran hantaran Facebook berkenaan protes terhadap Raja Maha Vajiralongkorn di Thailand, yang dianggap bersifat menghasut terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Peguamnya Jadavish Chandra mendakwa Liu yang merupakan adun DAP ditahan oleh polis dari Bukit Aman ketika dia hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Petaling Jaya.

Tangkapan itu untuk membantu siasatan lanjut ke atasnya yang dibuat mengikut Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

NGO ini mendesak Parlimen untuk meminda undang-undang berkenaan perlucutan kewarganegaraan terhadap mana-mana individu yang menghina Raja-Raja Melayu.



“Sekiranya tindakan ini tidak berjaya, kami menyeru Dewan Rakyat meminda dan menggubal akta bagi membolehkan perlucutan kerakyatan ke atas individu yang sengaja membuat provokasi.

“Tindakan sama perlu diambil ke atas mereka berlindung di luar negara dan tidak mahu memberi kerjasama untuk membela diri atas tuduhan yang dihadapi,” ujarnya.

Selain itu, pihaknya turut menggesa pihak polis menyiasat penularan video berdurasi 1 minit 32 saat memaparkan seorang lelaki India mengeluarkan kenyataan menghasut orang ramai menjatuhkan institusi DiRaja.

Antara kenyataan itu ialah terbang semua topi Raja-Raja Melayu kita, tak perlu kita ada Raja-Raja lagi, kasi buat 100 peratus negara demokrasi, tak perlu Raja-Raja kita.



Turut dinyatakan tehadap institusi DiRaja ialah ‘makan gaji macam tak ada kerja, cukai rakyat juga dan keistimewaan semua kasi batal, memang fedup laa dengan Malaysia ini, tolong berubah laa.

“Laporan kami meminta pihak polis membuat siasatan di atas motif tersebut di mana kami merasakan ini adalah unsur hasutan kepada Institusi Raja-Raja Melayu di Malaysia.

PCM kecam Ronnie Liu hina Raja-Raja Melayu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker