Mayat mereput dijumpai berhampiran jejantas Lebuhraya Kajang SILK

Share

Satu mayat dijumpai di kawasan berhampiran jejantas Lebuhraya Kajang SILK pada pagi Rabu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung penemuan mayat terbabit di kawasan kejadian.

“Pemeriksaan polis bersama pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dapati, mayat seorang lelaki berbangsa tidak pasti dalam keadaan tertiarap di atas tanah lengkap berpakaian kemeja-T dan seluar jeans berwarna hitam tanpa sebarang kesan kecederaan fizikal.

“Mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih dari sehari berdasarkan tubuh badan yang mula mereput. Identiti si mati masih belum dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Mayat dihantar ke Hospital Kajang bagi proses bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung penemuan mayat itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mu’az Mazlan di talian 017-9788804 atau ke balai polis terdekat. Awani

Bayi masih hidup dijumpai dalam tong sampah

Leave a Reply