Kerjasama dengan Anwar, ramai pemimpin UMNO yang setuju sebelum ini

oleh Dr Aznil Hisham

Kalau kita perhatikan dan perhalusi, sebenarnya ramai yang tidak kisah sama ada hendak bekerjasama dengan Anwar atau tidak.

Dan cadangan untuk bekerjasama dengan Anwar, bukan perkara baru. Terdapat beberapa pemimpin UMNO seperti Anuar Musa dan KJ, pernah secara terbuka untuk menerima Anwar sebagai rakan kongsi kuasa.

Pada ketika itu, tiada siapa yang kisah dan ambil berat. Jika tanya saya secara peribadi, sudah pasti saya juga tidak mahu.

Bekerjasama dengan Anwar, bukan suatu perkara mustahil. PAS, Bersatu, Wariasan – mereka juga pernah bersama dengan Anwar, dan ianya tidak menjadi pula menjadi isu. Malah tidak terfikir dek akal, Tun M juga bekerjasama dengan Anwar untuk membentuk pakatan politik. Politik ini sebenarnya amat volatile.

Namun, apabila ianya muncul dari mulut DS Najib, maka ianya menjadi polemik besar bukan sahaja dikalangan penyokong tetapi juga musuh.

Mereka tidak terkejut jika keluar dari mulut Anuar Musa mahupun KJ. Namun mereka tiba² terkejut apabila cadangan itu muncul dari DS Najib. Kenapa berlaku sikap “double standard” dalam menilai pemimpin walaupun dari kem yang sama?

Cadangan DS Najib itu adalah 1 dari beberapa cadangan yang diberikan. Dan sudah pasti, cadangan² yang diberikan ini adalah untuk parti dan kepentingan rakyat. Dan ianya akan ditentukan oleh majlis tertinggi sebagai kata putus.

Ini bukan kali pertama DS Najib memberi cadangan melawan arus semasa. Suatu ketika dulu beliau melaksanakan GST, yang mana satu tindakkan yang piling tidak popular. Satu lagi tindakkan beliau adalah menghapuskan ISA, yang akhirnya memakan diri beliau.

Setiap cadangan dan keputusan yang beliau lakukan akan mengutamakan rakyat, parti dan negara, walaupun ianya tidak popular untuk diri dan kerjaya politik beliau.

Perasaan terkejut dan panik dikalangan penyokong dan musuh sebenarnya memberi kita gambaran dan isyarat bahawa dia masih relevan dan berpengaruh.

Musuh dari dalam mahupun luar masih melihat Najib boleh individu yang boleh mengganggu dan menggugat mereka. Jadi tidak hairan lah, kalau kita melihat musuh² ini hampir setiap hari meratib nama beliau di mana sahaja.

Najib tak boleh itu dan ini. Tetapi pemimpin yang mereka sokong boleh – walaupun isu dan perkara pokok yang sama.

Dalam 2 hari ini, saya berkonfrantasi dengan seorang pegawai tinggi salah seorang menteri. Saya agak tidak senang dengan cara beliau menfitnah dan memburukkan DS Najib dengan info² separuh masak. Lebih teruk, beliau menyembunyikan sebahagian fakta, dan mengeluarkan fakta lain tentang DSN. Dan lebih menyedihkan, beliau dengan gigih memutar-beliau fakta yang beliau kongsikan.

Apabila beliau mula menyebarkan sebahagian transkrip ucapan DS Najib di dalam mesyuarat di PWTC (tidak pasti atas tujuan apa), maka tahulah saya bahawa dia seorang individu yang sangat tidak amanah dan tidak tahu menyimpan kerahsiaan. Malang kepada menteri berkenaan memperolehi pegawai seperti ini.

Beliau mula menyerang saya secara terbuka.

Beliau memberi justifikasi , beliaulah antara individu yang berhimpun dan berdemo di hadapan SPRM dan mahkamah mempertahankan DS Najib. Beliau lah pahlawan ketika itu. Beliau memperkecilkan saya dgn mempersoal di mana saya bersembunyi selama 22 bulan, hanya acah hero di wassap group kononnya.

Saya bukan kanak² untuk buat sebagaimana yg beliau lakukan. Namun, satu sahaja pesanan saya untuk anda:

“𝐋𝐢𝐨𝐧 𝐚𝐧𝐝 𝐭𝐢𝐠𝐞𝐫 𝐦𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐛𝐞 𝐬𝐭𝐫𝐨𝐧𝐠𝐞𝐫, 𝐛𝐮𝐭 𝐭𝐡𝐞 𝐰𝐨𝐥𝐟 𝐝𝐨𝐞𝐬 𝐧𝐨𝐭 𝐩𝐞𝐫𝐟𝐨𝐫𝐦 𝐢𝐧 𝐜𝐢𝐫𝐜𝐮𝐬”

Saya tidak perlu menunjukkan secara fizikal bagaimana saya membantu agama, bangsa dan tanahair saya. Ketika anda sedang berdemo, percayalah, saya melakukan sesuatu yang lebih besar dari itu tanpa pengetahuan sesiapa. Dan tak perlu saya ceritakan buat masa ini.

Dan saya tumpang gembira, dengan usaha tersebut, dapat juga membantu anda menjawat jawatan yang tinggi dengan gaji yang lumayan.

Biarlah masa menceritakan..

Tak perlu melompat dengan cadangan dibuat Najib

Related Articles

One Comment

  1. My opinion…Lebih elok UMNO bersama PKR, Warisan, Amanah, dan GPS. PKR dan Warisan adalah parti berbilang kaum yg boleh bertanding di semua kawasan urban. Manakala itu, UMNO dan Amanah bolehbertanding di kawasan majoriti Melayu.. Lupakan DAP, Bersatu dan PAS..

    Bagi saya PAS tidak boleh di percayai.. Pati PAS dari awal lagi telahmeninggalkan UMNO utk bersekedudukan dgn BERSATU..

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker