DAP tidak pernah jumpa Zahid, Najib

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke menafikan beliau pernah berjumpa dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Saya tidak pernah berjumpa Ahmad Zahid dan Najib dalam masa berkenaan.

“Jadi tidak wujud kerjasama untuk menjatuhkan kerajaan Muhyiddin seperti yang didakwakan,” kata Anthony ketika dihubungi Sinchew Daily.

Ahli Parlimen Seremban itu diminta mengulas spekulasi bahawa beliau pernah berjumpa dengan Ahmad Zahid dan Najib sebelum Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Seremban itu diminta mengulas spekulasi bahawa beliau pernah berjumpa dengan Ahmad Zahid dan Najib sebelum Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Terdapat juga khabar angin mengatakan bahawa DAP sanggup membantu Anwar menjadi Perdana Menteri walaupun tidak menerima apa-apa jawatan kelak.

Anthony bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya desas-desus politik tersebut.

Bekas Menteri Pengangkutan itu memberitahu, beliau difahamkan bahawa tiada mana-mana pemimpin DAP yang pernah berjumpa dengan Ahmad Zahid dan Najib. MG

Anwar jumpa Muhyiddin dengan Hamzah bawa agenda reformasi

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker