BLACKPINK Mencatat Sejarah! Kumpulan K-Pop Pertama Jualan Album 1 Juta

Melalui laman Soompi, YG Entertainment mengumumkan bahawa sebanyak 1,209,543 album penuh pertama BLACKPINK “THE ALBUM” telah terjual sehingga hari ini. Angka ini menggabungkan penjualan secara domestik sekitar 871,355 album dan 319,300 album terjual di Amerika Syarikat dan Eropah. Bukan itu sahaja, sebanyak 18,888 album versi edisi terhad VINYL LP habis dijual sebaik sahaja ia dikeluarkan.

Ddu-Du Ddu-Du is without doubt BlackPink most recognisable and biggest ever hit. — YG Entertainment

Mendapat Gelaran Million-Seller

Kejayaan yang diperoleh membuatkan BLACKPINK mendapat gelaran million-seller dan menjadikan mereka kumpulan K-Pop wanita pertama yang menjual lebih dari 1 juta album!

Mencatat Tangga Teratas 

Setelah dilancarkan pada 2 Oktober, THE ALBUM serta merta mendapat tangga teratas dalam carta iTunes Top Album di 57 negara. Album fizikal yang dikeluarkan pada 6 Oktober lalu mendapat kedudukan pada nombor 2 dalam kedua-dua carta Billboard 200 dan Carta Rasmi UK, secara tidak langsung memecahkan rekod kumpulan K-Pop wanita ini di kedua-dua carta tersebut.

Kekal Di Billboard 200 Selama Tiga Minggu Berturut-turut

Dalam Billboard 200 pada minggu ini, THE ALBUM kekal kuat di No.10, menjadikan BLACKPINK kumpulan gadis K-pop pertama yang kekal di dalam carta 10 teratas selama tiga minggu berturut!

Tahniah BLACKPINK!-Murai

Revolusi luar biasa BLACKPINK

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker