Ayuh kita buang ego, duduk semeja demi rakyat - Nazri Aziz · MYKMU.NET

Ayuh kita buang ego, duduk semeja demi rakyat – Nazri Aziz

Share

Semua ahli parlimen perlu mengetepikan ego masing-masing dan duduk semeja demi rakyat, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri berkata, semua ahli parlimen perlu membuktikan bahawa mereka benar-benar bekerja untuk rakyat bukan lebih mementingkan jawatan.

Selain itu, Nazri turut menggesa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertindak proaktif dengan segera memanggil semua ketua parti dalam kerajaan dan pembangkang untuk berbincang mengenai Belanjawan 2021.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu segera panggil semua ketua-ketua parti dalam kerajaan dan pembangkang untuk bincang mengenai Belanjawan 2021. Lupa sekejap sengketa demi rakyat.

“Sudah dua kali Yang di-Pertuan Agong bertitah agar tidak bermain politik sebaliknya menyokong Belanjawan 2021. Jadi faham-faham lah,” katanya kepada Astro AWANI.

Mengulas lanjut, Nazri turut mendesak mana-mana pihak yang mencatur kedudukan dalam kerajaan untuk segera menghentikan perkara tersebut.

“Hormati semua pihak dan jalankan tanggungjawab kamu demi rakyat dan negara,” katanya lagi.

Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sekali lagi bertitah menasihatkan agar semua Ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021.

Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Tuanku bertitah bahawa sokongan terhadap Belanjawan itu penting demi kesejahteraan dan kelangsungan hidup rakyat, serta pemulihan ekonomi negara yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Awani

Khalid mengharap Mahathir , Anwar kembali duduk semeja

Leave a Reply