Safawi dah boleh cakap Portugal [Video]

Alah bisa tegal biasa. Itu perumpamaan buat pemain Harimau Malaya, Safawi Rasid yang kini sudah boleh bertutur sedikit dalam bahasa Portugal biarpun baharu 25 hari berada di negara itu.

Safawi yang berhijrah ke Portimonense SC secara pinjaman selama semusim sudah mula memahami beberapa perkataan mudah bahasa Portugal sekaligus menambah keyakinan pemain sayap berkaki kiri itu untuk berkomunikasi bersama rakan sepasukan.

Menerusi perbualan telefon bersama dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Akhyar Rashid dan Mauricio dos Santos yang dirakam oleh Liridon Krasniqi, menyaksikan Safawi turut mengajar beberapa patah perkataan kepada Akhyar.

Mauricio yang berasal dari Brazil yang menggunakan bahasa Portugal di negara Samba itu juga membantu Akhyar dan Safawi bagi mendapatkan sebutan yang tepat.

Telatah mesra mereka kemudiannya dimuat naik di laman Story Instagram Liridon yang tertera tulisan ‘Snowmen, We Miss U Bro’.

Walaupun tidak jelas apa perkataan yang diungkapkan mereka, namun jelas terpancar keakraban pemain-pemain JDT cukup kuat yang sebenarnya menjadi kunci kejayaan skuad Harimau Selatan selama ini.

Malah, Safawi yang mungkin sedang berehat selepas menjalani latihan dapat melepaskan lelah seketika dengan menghubungi rakan sepasukannya di tanahair.

Ketika ini, Safawi sudah mula menjalani latihan bersama skuad utama Portimonense SC bagi persediaan menentang Santa Clara, Ahad ini dalam liga utama Portugal yang dikenali Liga Primeira atau Liga NOS.

Sebelum ini, pemain yang berasal dari Dungun, Terengganu itu membuat kemunculan bersama skuad B-23 Portimonense ketika berdepan Sporting CP yang menyaksikan pasukannya tewas 3-1.
HM

Kena kutuk Bahasa English berterabur semasa sesi temubual Media Antarabangsa, Netizen ini tampil pertahankan Safawi Rasid..[ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker