Polis siasat empat pemilik akaun Facebook, Twitter hina Agong

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat empat pemilik akaun media sosial Facebook dan Twitter kerana cenderung menghasut dan menghina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, pihaknya memulakan siasatan pada 21 Oktober lalu membabitkan pemilik akaun yang memuat naik kenyataan ‘Now In Bangkok. They are saying no to the king’.

Menurutnya, kes kedua adalah kenyataan berunsur penghinaan di akaun Twitter siasatan dilakukan pada 25 Oktober lalu.

“Bagi kes ketiga, siasatan dijalankan ke atas pemilik satu lagi akaun Twitter kerana mempertikai video yang dimuat naik laman rasmi Twitter Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkaitan dengan tujuh wasiat Raja-Raja Melayu.

Suspek utama Macau Scam lompat pagar SPRM ditangkap

“Susulan siasatan yang dimulakan pada 25 Oktober, keesokannya Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman menahan seorang lelaki berusia 52 tahun di Cheras, Kuala Lumpur dan merampas perkakasan yang disyaki diguna untuk memuat naik kenyataan terbabit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polis menyiasat kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook dan Twitter kerana menghina Agong.

Huzir berkata, pihaknya turut memulakan siasatan terhadap pemilik akaun Facebook yang memuat naik kenyataan menghina Agong.

“Keempat-empat kes ini disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana raja atau kerajaan.

Malaysia kecam Charlie Hebdo mahu terbit semula karikatur Rasullulah

“Kes turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya.Katanya, tindakan tegas akan diambil terhadap individu terbabit kerana menghasut dan polis sedang mengesan kesemua individu terlibat dan kesemua pemilik akaun Facebook dan Twitter terbabit diminta tampil untuk menyerah diri di USJT Bukit Aman.

“PDRM menggesa rakyat Malaysia sentiasa menghayati prinsip Rukun Negara iaitu kesetiaan kepada raja dan negara bagi mengelakkan kecenderungan menghasut terhadap raja atau kerajaan,” katanya.

Parti-parti Melayu perlu berjiwa besar dan bina kekuatan untuk bersatu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker