‘Panas dan Tegang’, MT UMNO akhirnya kekal pendirian tolak Anwar, tolak DAP

KUALA LUMPUR- Berdepan mesyuarat tegang dan panas, namun Majlis Tertinggi (MT) UMNO mencapai kata sepakat untuk kekal dengan keputusan terdahulu tanpa menjalin kerjasama dengan PKR dan DAP.

Presiden UMNO, Datuk Seri AhMAD Zahid Hamidi bagaimanapun, menggesa prinsip kerjasama Perikatan Nasional (PN) ditambah baik dan wajar berpaksikan nilai penghormatan dan konsensus politik.

Mesyuarat yang berlangsung hampir lima jam memuktamadkan bahawa UMNO masih mendukung kerajaan PN.

“Majlis Kerja Tertinggi UMNO mengekalkan keputusan terdahulu tanpa kerjasama PKR dan DAP.

“ Ahli-ahli Parlimen UMNO akan terus mendokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Kenyataan Media Presiden UMNO: Mendokong PN dan Memperkasakan MN

“Bagaimanapun, UMNO menggesa ditambah baik prinsip kerjasama yang harus berpaksikan nilai penghormatan dan ‘political consensus’,” katanya.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menyarankan agar inisiatif Rekonsiliasi Nasional atau Agenda Perdamaian Nasional segera dilaksanakan dengan menggembleng penyertaan semua parti politik yang bernaung dalam kerajaan PN dan juga parti-parti pembangkang.

Selain itu katanya, UMNO juga menjunjung kasih di atas keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak permohonan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri bagi maksud pelaksanaan Darurat Perkara 150(1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan. Bagi UMNO, keputusan yang turut diperbincangkan dengan Majlis Raja-Raja tersebut adalah amat bijaksana dan cukup melegakan rakyat.

UMNO Guna Ilmu Perang China Untuk Hancurkan DAP, – Ketua Pemuda DAP

“UMNO mendukung sepenuhnya titah dan saranan Agong dan Majlis Raja-Raja agar dikendurkan segala ketegangan politik dengan melakukan gencatan politik bagi memastikan kestabilan politik negara dapat terus dipertahankan.

“Selain itu UMNO turut mencadangkan supaya kerajaan mengambil pendekatan yang lebih inklusif melangkaui perbezaan ideologi parti dalam menangani pandemik Covid-19 dan kesan negatif ekonomi yang dihadapi rakyat yang sedang susah dan gelisah,” ujar Ahmad Zahid.

UMNO juga sepakat untuk memastikan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO untuk memperkasakan Muafakat Nasional (MN) dapat terus direalisasikan. -SuaraTV

Najib sokong Anwar, ini jawapannya

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker