‘Itu gambar belakang tabir, mana sama’ – Michael Ang

Share

Kuala Lumpur: Gambar belakang tabir drama Perempuan Tanpa Dosa menunjukkan babak pelakonnya, Uqasha Senrose sedang melahirkan anak dengan memakai seluar panjang mengundang kritikan netizen selepas ia tular di laman sosial.

Sebahagian besarnya mendakwa ia tidak logik kerana reaitinya wanita sedang bersalin memang tidak memakai seluar panjang.

Pengarahnya, Michael Ang ketika dihubungi berkata, itu adalah gambar di balik tabir dan apa yang keluar di televisyen nanti semestinya tidak sama kerana menggunakan teknik kamera yang akan menampakkan Uqasha seperti sedang melahirkan anak.

“Saya tak marah dan anggap ia sebagai gurauan netizen semata-mata. Saya ketawa apabila lihat ciapan yang muncul di media sosial. Saya tak marah pun sebab sekurang-kurangnya saya tahu yang orang ramai ambil tahu kewujudan drama ini,” katanya.

Michael berkata, tak mungkin Uqasha perlu tampil membuka seluar supaya kelihatan seperti orang betul-betul melahirkan anak.

“Kita pun menjaga aib pelakon. Takkan nak suruh Uqasha selak kain untuk menjayakan babak itu. Jika dilihat, ada kain yang digunakan untuk menutup seluar itu dan dalam hasil terakhir nanti, teknik kamera akan menampakkan seperti dia bersalin,” katanya.

Michael juga bersyukur kerana pihak stesen TV juga berpuas hati dengan ‘rating’ drama ini.

“Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan ‘rating’ Perempuan Tanpa Dosa. Insya-Allah, ia akan dipanjangkan lagi,” katanya.

Sementara itu, pelakon Kamal Adli juga menulis ciapan mengulas mengenai gambar daripada babak lakonannya itu.

“Ini babak di belakang tabir. Tunggu siap, okay. Di belakang tabir memang kita tutup aib dan banyak sudut kamera untuk tutup. Muka berdarah semua tu, korang (anda) tunggu bila babak dah selesai, okay,” tulisnya.

Babak itu mula dikongsi pengguna Twitter di platform media sosial itu sebelum mula dikongsikan di beberapa platform media sosial lain.

Selain Uqasha dan Kamal Adli, drama itu turut dibintangi Uyaina Arshad dan Yusuf Bahrin-HM

Sumber: GEMPAK

 

Blackpink minta maaf ‘terlanjur’ sensasikan pakaian jururawat

Leave a Reply