Bagi wanita ini 10 perkara paling seksi bila dilakukan lelaki

Seksi sangat subjektif untuk setiap individu. Seksi tidak hanya bergantung kepada fizikal atau penampilan si dia, tapi seksi boleh juga tergambar dari segi tingkah laku dan perbuatan yang dilakukannya.

Pada wanita lelaki kelihatan seksi bila mereka melakukan 10 perkara berikut.

Bila lelaki melakukan kerja rumah


Sangat tak seksi bila lelaki langsung tak tahu melakukan kerja rumah. Contoh seperti menolong isteri di dapur, menyapu sampah, mengemas rumah, tolong menjaga si anak bila isteri sedang sibuk, antara perbuatan yang cukup menyenangkan mata wanita.

Bergurau senda dengan kanak-kanak


Tiada yang lebih seksi bila melihat si lelaki memang erat bayi kecil, ataupun bergurau senda dengan kanak-kanak. Moment tersebut memberi senyuman di bibir wanita bila lelaki ada ciri-ciri family man idaman. Tahukah, lelaki yang kurang mesra dengan kanak-kanak cenderung untuk dijauhi wanita.

Memasak


“Seksinya dia, fokus bila memasak…” Lelaki nampak seksi dan menarik sangat bila bertungkus lumus di dapur. Kajian ada membuktikan lelaki yang hebat di dapur amat seksi di mata wanita. Lagi pula kalau memasak untuk orang yang tersayang, nampak mereka bersungguh-sungguh dan ikhlas.

Memegang stereng kereta dengan sebelah tangan


Bunyi macam pelik, tapi memang ada kes macam ini. Wanita kata lelaki yang memegang stereng kereta dengan sebelah tangan memperlihatkan keseksian yang unik. Ini menunjukkan dirinya adalah seorang cekap, yakin dan tidak gentar.

Selepas mandi


Siapa sahaja bila keluar dari kamar mandi akan terlihat segar dan seksi sekali. Wanita kata lelaki seksi jika tubuh mereka masih basah, rambut kusut dan bertuala. Ditambah pula dengan wangian sabun yang masih harum ternyata bikin wanita cair.

Menggulung lengan baju


Nak tahu perbuatan ini sering kali diperhatikan wanita. Tambahan pula di saat cuaca terik dan masih terdapat kesan peluh di lengannya, sudah cukup mencairkan hati wanita yang melihat.

Pakai t-shirt polos


Tak kisah hitam atau putih, pada wanita lelaki nampak macho dan seksi bila memakai t-shirt polos. Lagi pula bila si lelaki miliki bidang yang luas dan berfizikal sasa memang bikin wanita meruntun jiwa.

Saat bertentang mata


Bagi wanita, saat lelaki memandang dan bertentang mata tanpa rasa malu, segan atau kekok adalah antara perkara seksi yang tidak boleh dilepaskan. Walaupun sekejap, ia sudah cukup menandakan kepercayaan dan harapan dalam perhubungan tersebut.

Main dengan pets


Bila lelaki bermain, bergurau, memeluk dan berseronok dengan binatang peliharaan, nampak ciri-ciri kelembutan pada mata wanita. Orang kata, dalam hati ada taman, wanita boleh jatuh cair melihatnya.

Cubalah.

Scha Elinnea Akui Emosi Terganggu – “Bukannya Dia Pakai Seksi Tu Dia Pergi Melacurr”

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker