Arab Saudi kutuk karikatur hina Nabi Muhammad

Beberapa syarikat Arab menarik balik produk Perancis dari kedai mereka susulan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia. - Foto EPA
Beberapa syarikat Arab menarik balik produk Perancis dari kedai mereka susulan Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia. – Foto EPA

ISTANBUL: Arab Saudi mengutuk karikatur yang menghina Nabi Muhammad dan menolak sebarang kaitan antara Islam dengan keganasan, lapor Agensi Anadolu hari ini.

Agensi Berita Rasmi Arab Saudi (SPA) memetik sumber Kementerian Luar sebagai berkata, negara itu mengutuk sebarang perlakuan ganas.

“Arab Saudi menyeru supaya kebebasan bersuara menjadi penyinar untuk saling hormat menghormati, toleransi dan keamanan,” kata sumber itu.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mencetuskan kemarahan dunia Islam apabila mendakwa orang Islam sebagai penganut fahaman pemisah dan menyifatkan Islam sebagai agama krisis di seluruh dunia.

Kenyataan ini berlaku selepas tindakan provokasi Charlie Hebdo, sebuah majalah berhaluan kiri Perancis yang menyiarkan karikatur anti-Islam, mencetuskan lagi kemarahan umat Islam seluruh dunia.

Karikatur itu pertama kali disiarkan pada 2006 oleh akhbar Denmark, Jylllands Posten, mencetuskan siri tunjuk perasaan. – BERNAMA

Malaysia kecam Charlie Hebdo mahu terbit semula karikatur Rasullulah

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker