Undur atau pecat 2 menteri kanan untuk tamat krisis darurat, Wong Chen beritahu PM

Seorang ahli Parlimen PKR mendesak Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sama ada berundur atau memecat 2 menteri kanan bagi menamatkan “krisis darurat” secara rasmi.

Dalam hantaran di Facebook hari ini ahli Parlimen Subang Wong Chen berkata, wujud cakap-cakap bahawa Muhyiddin dipengaruhi oleh 2 orang menteri kanan tertentu.

Beliau mendakwa, dalam sejarah politik Malaysia, ini merupakan kali pertama Raja-raja menolak usul perdana menteri.

“Sama ada perdana menteri meletak jawatan atau beliau pecat 2 menteri kanan susulan ‘percubaan jahat’ mereka untuk mengganggu perjalanan proses demokrasi di negara ini.

“Perlu ada penamatan rasmi ke atas insiden buruk krisis darurat yang dibuat-buat ini. Harus ada pertanggungjawaban ke atas perbuatan itu atau negara ini akan terus dilanda bencana berikutan permainan politik yang sewenang-wenang,” katanya.

Wong Chen berkata, pembangkang bersedia membincangkan kerjasama dengan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi menyekat wabak Covid-19, selain berunding mengenai pembaharuan dan belanjawan negara.

Kerajaan sebelum ini mencadangkan pelaksanaan darurat bagi menangani ledakan kes jangkitan wabak Covid-19 sejak kebelakangan ini dan menjamin kestabilan politik.

Istana Negara bagaimanapun mengumumkan kemudian bahawa cadangan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat ditolak oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berbincang dengan Majlis Raja-raja.

Dalam satu kenyataan, Agong percaya kerajaan berjaya menangani wabak Covid-19 dan tidak adanya keperluan darurat diisytihar di seluruh negara atau mana-mana bahagian di Malaysia.

Ia berkata, Agong juga mengingatkan ahli politik supaya menghentikan permainan politik yang boleh menggugat kestabilan pentadbiran negara. FMT

‘Kata nak pecat, saya tunggu di pejabat’

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker