Nabilah, Aleena juara dunia acara boling padang

Nabilah, Aleena juara dunia acara boling padang

Beregu boling padang negara, Nur Ain Nabilah Tarmizi dan Aleena Nawawi mencipta sensasi apabila menamatkan penantian 15 tahun Malaysia dengan muncul juara di Kejohanan Boling Padang Dunia yang berlangsung di Gold Coast, Australia, hari ini.

Pasangan yang kali pertama beraksi di kejohanan tertinggi itu cemerlang apabila menewaskan pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel Birmingham 2022 dari Malta, Rebecca Rixon dan Connie Leigh Rixon 15-11 pada aksi final.



Kejayaan itu dianggap pengubat duka buat Nabilah yang sebelum ini tewas di peringkat suku akhir acara tiga sepasukan kepada New Zealand ketika berpasangan dengan Syafiqa Haidar Rahman dan Azlina Arshad.

“Ia adalah persembahan yang menakjubkan daripada kami apabila dapat menewaskan pasangan Malta. Sudah tentu saya sangat gembira.

“Ini adalah kali pertama kami beraksi di Kejohanan Dunia dan kami dapat apa yang kami mahukan,” kata Nabilah.

Sementara itu, Aleena, berkata dia berbangga dapat mengharumkan nama negara di pentas antarabangsa walaupun mendapat tentangan sengit daripada lawan.



“Terima kasih kepada Nabilah kerana banyak membantu sekali gus membawa pulang emas untuk kami pada penyertaan kali ini,” katanya.

Kali terakhir Malaysia muncul juara dunia adalah menerusi Safuan Said dalam acara perseorangan lelaki pada 2008 di Christchurch, New Zealand. BH

Nabilah, Aleena juara dunia acara boling padang

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kakak wanita disondol anak pasangan pelakon beri respon

Marissa ‘kejar’ sehingga Aslam tak daya melawan , dakwa bekas isteri



Marissa pernah bersumpah tak akan menyondol lagi – Misya

Mencarut sebelum meninggal dunia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker