Tentera siap siaga walaupun negara tidak diisytihar darurat, kata panglima ATM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa berada dalam keadaan bersiap siaga walaupun Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Abdul Shah berkata, tiada keperluan darurat diisytiharkan di negara ini.

Panglima ATM Affendi Buang berkata, penugasan anggota tentera kekal berjalan seperti biasa.

“ATM dalam keadaan stand by (siap siaga),” katanya ringkas.

Semalam, dilaporkan Sultan Abdullah berkata, tiada keperluan untuk darurat diisytiharkan di negara ini.



Berikutan itu Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara itu diputuskan setelah Sultan Abdullah memperhalusi permohonan yang dipersembahkan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan berbincang dengan Raja-raja Melayu selain melihat situasi sedang dihadapi negara ketika ini.

Perbincangan khas Raja-raja Melayu berlangsung di Istana Negara, semalam.

Perbincangan itu bertujuan meneliti cadangan yang dikemukakan oleh Muhyiddin bersama beberapa menteri Kabinet ketika menghadap Agong di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang Jumaat lepas. Bernama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker