Safawi Rasid mulai latihan bersama skuad utama Portimonense SC

Harapan semakin cerah untuk melihat tonggak skuad Harimau Malaya, Safawi Rasid beraksi untuk skuad utama Portimonense SC apabila dia akan menyertai latihan pasukan terbabit bermula hari ini.

Walaupun dikhabarkan Safawi mungkin perlu dikuarantin selepas terdapat pemain skuad bawah 23 (B-23) positif Covid-19, namun dia boleh dikatakan selamat kerana tidak menyertai latihan bersama pemain itu.

Malah, barisan kejurulatihan pasukan bertindak segera dengan tidak menyenaraikan Safawi menyertai perlawanan skuad B-23 menentang Maritimo kelmarin.

“Skuad bawah 23 tahun ada (positif Covid-19), tapi tak tahu pemain itu ok ke tidak. Perlawanan semalam saya tak sertai sebab ketua jurulatih pasukan utama tak bagi sertai, takut berjangkit. Esok (hari ini) saya akan mula latihan untuk pasukan utama,” katanya.

Safawi atau lebih dikenali sebagai Pawi berkemungkinan mendapat peluang untuk tampil buat kali pertama dalam Liga Primeira pada pertemuan dengan Santa Clara, Ahad depan.

Sebelum ini, Safawi membuat penampilan bersama skuad B-23 Portimonense ketika pasukan itu tewas 3-1 di tangan Sporting CP.

Biarpun pasukannya tewas, namun media Portugal dilaporkan memuji persembahan Safawi termasuk ketika sesi latihan.

Pemain muda Harimau Malaya berusia 23 tahun itu menyertai Portimonense secara pinjaman daripada juara Liga Super tujuh kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) selama semusim. Kelmarin, penantian rakyat Malaysia untuk melihat penampilan sulung Luqman di Jupiler Pro League terlaksana apabila dia dimasukkan sebagai pemain gantian pada minit ke-74 ketika kelabnya KV Kortrijk menentang RSC Anderlecht. HM

Kena kutuk Bahasa English berterabur semasa sesi temubual Media Antarabangsa, Netizen ini tampil pertahankan Safawi Rasid..[ VIDEO ]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker