Rahsia terpendam, Vivy mahu tulis buku kisahnya

Usahawan terkenal, Vivy Yusof meluahkan hasratnya untuk menulis sebuah buku mengenai jatuh bangunnya dalam dunia perniagaan.

Bekas Ahli Lembaga Pengarah UiTM itu berkata, banyak rahsia yang terpendam dan menarik untuk diceritakan kepada orang ramai.

Kata pengasas Fashion Valet (FV) itu, banyak pencapaian dan kesilapan yang dilaluinya sepanjang sedekad itu.

“FV akan sudah berusia 10 tahun bulan depan. Ia menandakan saya juga sudah 10 tahun dalam berbisnes. Dengan semua ilmu yang saya pelajari sepanjang sedekad ini, saya rasa saya patut menulis sebuah buku!

“Terlampau banyak pencapaian dan kesilapan, jadi banyak kisah yang saya belum ceritakan lagi,” tulis di media sosialnya.

Kata Vivy lagi, berniaga seperti menaiki roller coaster, ada jatuh dan bangunnya namun dia menyifatkan menceburkan diri dalam dunia perniagaan adalah pekerjaan terbaik baginya.

“Berbisnes seperti menaiki roller coaster ada jatuh dan bangun. Saya sedang memasuki dekad kedua. Adakah anda masih bersama dengan saya?” tulisnya lagi. MG

Vivy Yusof saman netizen

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker