Kerajaan Yang Perlukan Sokongan Najib Boleh Pergi Jahanam, Kata DAP

KUALA LUMPUR – Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua hari ini menuduh mana-mana pihak yang mengharapkan sokongan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menubuhkan kerajaan adalah tidak berprinsip serta kemaruk kuasa.

Ahli Parlimen Damansara itu berkata, seandainya ada kerajaan yang memerlukan sokongan Najib, mereka boleh pergi jahanam.

“Ini benar-benar gila. Nampaknya ada juga segelintir yang tidak bermaruah serta begitu kemaruk kuasa sehingga sanggup bersama Najib untuk tubuhkan kerajaan baharu.

“Saya tidak akan sesekali sokong kerajaan sedemikian.

“Fakta yang begitu mudah untuk difahami, Najib adalah penyagak terbesar negara yang telah memalukan rakyat kita di seluruh dunia malah menyebabkan kita menanggung hutang berbilion ringgit atau mungkin lebih.

“Tetapi sedikit pun beliau tidak tunjuk kekesalannya malah boleh pula mendakwa wang itu untuk anak-anak yatim piatu.

Najib sokong Anwar, ini jawapannya

“Sebuah kerajaan yang perlukan sokongan Najib boleh pergi jahanam (go to hell). Kita ketika sudah saksikan sendiri apakah yang berlaku kepada para pengkhianat dalam Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Pada pertemuan khas ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) petang tadi, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan mencadangkan supaya UMNO perlu terbuka kepada rundingan dengan parti-parti politik lain termasuk parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim jika UMNO masih tak berpuas hati dengan layanan dalam kerajaan Perikatan Nasional selepas apa yang berlaku di Sabah.

Bagaimanapun cadangan itu ada syarat iaitu kerjasama dengan Anwar tidak akan melibatkan parti DAP.

Tidal lama selepas Tony Pua membuat kenyataan itu, Najib membalasnya di lama Facebook: “Saya juga tidak mahu bekerjasama dengan kamu. Sebab itu saya tetapkan tiada DAP dalam mesyuarat Ahli Parlimen UMNO.

“Tapi jika kamu masih mahu bertegas untuk ‘go to hell’ dipersilakan,” ujarnya. -MalaysiaGazette

MT UMNO Akan Bincang 3 Perkara?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker