Ini Jumlah Kekayaan Pengiran Muda Abdul Azim Yang Ditinggalkan Setelah Mangkat

Share

Pemergian Pengiran Muda Haji Abdul Azim pada usia 38 tahun begitu mengejutkan seluruh rakyat Brunei. Anakanda Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu mangkat pada jam 10.08 pagi waktu tempatan dan dimakamkan di Kubah Makam Diraja selepas waktu Asar

Susulan dari berita kemangkatan Pengiran Muda Haji Abdul Azim,  sebuah blog hiburan dari Brunei berkongsi nilai anggaran kekayaan baginda yang ditinggalkan. Dianggarkan bahawa harta baginda bernilai kira-kira USD 5 bilion atau sekitar RM20.83 Billion.

Dari laporan TopMost10, laman ini menyebut, baginda merupakan individu paling kaya di Brunei selain Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Kedudukan tempat kedua adalah Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, iaitu pewaris takhta Sultan Brunei.

Selain kekayaan dari  gelaran sebagai kerabat diraja Brunei, pendapatan yang baginda hasilkan adalah sebagai penerbit bagi sebuah syarikat filem yang berpangkalan di London, Daryl Prince Productions.

Antara filem yang dikeluarkan adalah seperti ‘The Happy Prince,’ ‘You’re Not You’ dan ‘The Time Of Their Lives’. Daryl Prince Productions Ltd ditubuhkan pada 18 September 2012 dan dan terus mengeluarkan filem bergenre komedi selama lapan tahun terakhir.

Menurut Celebrity Net Worth, dia juga aktif dalam kerja amal. Dia adalah tetamu kehormat di dua acara amal utama seperti program “Seeing is Believing” dan di Konsert amal ‘Sounds of Hope’, yang kedua-duanya diadakan di Brunei.

Dia juga merupakan salah satu penderma yang terkaya di Yayasan Make a Wish. Sebagai tambahan kepada kerja amal dalam yayasan tersebut, baginda pernah mereka sebuah beg tangan unisex untuk MCM, hasilnya disumbangkan kepada organisasi.

Baginda yang dilahirkan di Bandar Seri Begawan pada 29 Julai 1982 itu telah melanjutkan pendidikan di antara institusi pengajian tertinggi di dunia. Dia belajar di England, di Leighton Park School di Berkshire dan Oxford Brookes University di Oxford.

Selain itu, abang kepada Pengiran Muda Abdul Mateen itu juga pernah mengikuti latihan ketenteraan selama sembilan bulan di Royal Military Academy Sandhurst. Ia adalah sebuah akademi di mana kerabat diraja di seluruh dunia menjalani latihan ketenteraan. Dia menjadi satu-satunya ahli keluarga diraja di dunia yang berhenti dari akademi tersebut setelah hanya satu minggu-Murai

Anakanda Sultan Hassanal Bolkiah Pengiran Muda Abdul Azim mangkat

Leave a Reply