Cuba makan makanan ini untuk merangsang nafsu

Share

Rangsang Nafsu Untuk Bersama, Cuba Makan Makanan Ini

Jika dilihat, banyak makanan yang dapat menaikkan nafsu lelaki dan wanita. Bukan sahaja foreplay penting, makan makanan yang membantu rangsangan juga penting.

Amalkan makanan berikut jika mahu rangsang nafsu pasangan anda.

Alpukat / Avocado


Diperkaya dengan lemak tak tepu dan rendah kandungan lemak tepu, alpukat sangat bagus untuk jantung. Pengaliran darah yang lancar ke jantung akan mengurangkan risiko mati pucuk.

Kacang Badam


Pernah menjadi tradisi di majlis perkahwinan dahulu, tetamu akan membaling kacang kepada pasangan baru berkahwin kerana percaya ia dapat menaikkan nafsu wanita. Kacang badam mengandungi nutrien dan mineral seperti zink, selenium dan Vitamin E.

Strawberi


Kaya dengan asid folik dan Vitamin B yang dapat hindarkan kecacatan dalam kandungan dan juga tingkatkan jumlah sperma. Strawberi juga mengandungi methlxanthines, iaitu meningkatkan nafsu.

Tiram


Tinggi dengan asid amino, tiram mampu merembeskan hormon seks dengan banyak. Makan dengan mentah, kesannya sangat luar biasa!

Pisang


Vitamin B dan potassium dalam pisang mampu menghasilkan hormon seks. Pisang juga mengandungi bromelain, iaitu bahan yang boleh merangsang potensi seks lelaki.

Coklat


Terdapat serotonin dan phenylethylamine, iaitu hormon gembira yang menukar mood menjadi lebih positif. Anda boleh menggunakan trik ini untuk menggoda pasangan anda.

Madu


Bahan kimia yang terdapat dalam madu dipanggil boron berfungsi untuk menstabilkan tahap testosteron dan estrogen. Secara semula jadi, madu boleh menjadi energy booster.

Betik


Bertindak sebagai perangsang hormon estrogen wanita, ia telah diamalkan dari zaman dahulu dalam merangsang penghasilan susu dan meningkatkan libido wanita.

Selain boleh memberikan kecantikan, makanan ini juga dapat memperbaiki hubungan intim antara pasangan. Selamat mencuba!

Bayi baru lahir genggam alat cegah hamil

Leave a Reply