Bung Moktar beri jaminan ahli Parlimen UMNO akan sokong Belanjawan 2021

Kinabatangan MP Datuk Seri Bung Moktar Radin

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin memberi jaminan semua ahli-ahli Parlimen UMNO akan menyokong Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan pada Nov 6 depan nanti.

Menurut Bung Moktar, Belanjawan 2021 penting untuk diluluskan kerana ia merupakan hala tuju kerajaan dalam menangani pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, beliau turut menjelaskan UMNO meminta kerajaan melihat sekutu dalam kerajaan secara adil dan saksama.

“Bukan saya menganggap tetapi ini keputusan keseluruhan parti iaitu parti melihat bahawa perlu ada revisit atau pembaharuan dalam semua aspek.

“Ini kerana UMNO dan Barisan Nasional merupakan satu pasukan dalam kerajaan yang ada ini dan sudah tentu perlu ada perjanjian dalam bentuk agreement dan sebagainya,” katanya kepada Astro AWANI.

Bung Moktar juga menegaskan UMNO tidak mahu Parlimen dibubarkan kerana keutamaan buat masa ini ialah menentang musuh tidak nyata iaitu COVID-19.

“Pada saya ini yang penting kerana keutamaan kita ialah menyelamat keadaan rakyat yang diserang COVID-19 dan ini penting bahawa kita perlu menyokong apa juga yang baik untuk negara dan rakyat,” katanya lagi.

Sidang Parlimen: Anwar biarkan Mahathir “Lenjun Disiram” MP Kerajaan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker