Pemecatan Tajuddin dan lantikan Isham, tokoh ‘berotak’ diperlukan dalam parti – Puad

 

Bekas ketua penerangan BN Selangor Isham Jalil dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MKT) Umno, menggantikan Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman yang baru dipecat.

Terdahulu, Ahli MKT Puad Zarkashi di dalam akaun Facebook miliknya memuat naik gambar Isham di mesyuarat MKT malam ini di Pusat Dagangan Dunia (PWTC), Kuala Lumpur dengan keterangan “Tahniah saudara Isham Jalil.”



Ketika ditanya sama ada pelantikan Isham akan membantu parti, Puad ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat MKT berkata Umno memerlukan orang yang ‘berotak’ dalam parti tersebut.

“Ya, kita memerlukan lebih ramai mereka yang ada brain dalam parti sebenarnya,” kata Adun Rengit itu.

Ketika diminta mengulas lanjut sama ada akan lebih ramai ahli MKT yang akan dipecat parti, menurutnya perkara tersebut tidak timbul sekiranya ahli mematuhi arahan parti.

“Saya rasa asas yang penting, siapa yang tak ikut parti memang wajar pun dia kena tindakan sebab mana-mana organisasi pun perlukan ahli yang berdisiplin, yang patuh kepada keputusan parti.



“Jadi tak kiralah siapa pun. Soal ramai lagi tak timbul. Yang penting kalau semua patuh parti tak ada masalah,” kata Puad.

Terdahulu, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Tajuddin digugurkan sebagai ahli MKT Umno kerana melanggar keputusan parti.

Puad berkata soal mengkritik presiden bukan menjadi isu utama kerana dirinya juga pernah mengkritik presiden.

“Saya juga mengkritik presiden… tidak ada masalah pun. Tapi biarlah betul.



“Mana yang sudah menjadi keputusan kita patuh. Soal mengkirtik, siapa-siapa boleh mengkritik. Jadi apa masalahnya?

“Saya juga mengkritik (presiden)…saya juga mengkritik PM (Ismail Sabri Yaakob),” katanya.

Puad turut menjelaskan bahawa antara perbincangan utama yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut merupakan pilihan raya umum (PRU) dan tindakan disiplin terhadap MKT.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syamsul Yusof, Ira Kazar dah bertunang?



Kerajaan Pas Kelantan zalim roboh rumah penduduk – Ibrahim

Mahathir Mahu Malaysia Tuntut Balik Singapura Dan Kepulauan Riau

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker