Harimau Malaya akhiri tahun 2023 dengan cemerlang, kutipan mata ketiga tertinggi di dunia

KUALA LUMPUR: Malaysia menamatkan tahun ini dengan nota cemerlang apabila muncul pasukan ketiga terbaik paling banyak meraih mata dalam ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).

Berdasarkan ranking Disember dikeluarkan FIFA hari ini, skuad Harimau Malaya naik 15 anak tangga dalam ranking dunia sepanjang tahun ini untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata, iaitu peningkatan terbesar dalam kalangan negara Asia.

Panama melonjak dengan ketara pada 2023, setelah meningkat 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-41 dalam ranking dunia, diikuti Moldova yang naik 19 anak tangga untuk berada di tempat ke-155.

Kedudukan terbaik skuad Harimau Malaya adalah di tempat ke-75 pada 1993, manakala kedudukan terendah pernah diperoleh skuad Harimau Malaya ialah kedudukan ke-178 pada 2018.

Sementara itu, juara bertahan Piala Dunia Argentina kekal di kedudukan teratas dengan 1,855.2 mata, diikuti Perancis (1,845.44) dan England ketiga (1,800.05)

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

SPRM sita Menara Ilham milik Tun Daim Zainuddin

Mini Dhaka di KL diserbu

Malaysia terima pujian antarabangsa halang kapal Israel berlabuh

CEO Starbucks merungut apa tu?

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker