Muhyiddin diberi nasihat salah, kata sumber PPBM

Pengkomplot anti-Mahathir di sebalik idea darurat, kata sumber PPBM

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM tidak tahu menahu mengenai spekulasi meluas cadangan perisytiharan darurat, kata seorang pemimpin kanan parti itu.

“Sebaliknya, idea itu datang daripada ‘individu tertentu yang terdesak’, katanya.

Sumber PPBM itu berkata: “Majlis Tertinggi tidak diberi taklimat mengenai perkara itu (langkah mengisytiharkan darurat) dan beberapa orang di antara kami sangat bimbang langkah jangka pendek itu akan membawa keburukan kepada parti.”

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM itu yang tidak mahu dinamakan berkata, presiden parti dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin diberikan nasihat salah oleh individu terbabit.

“Individu ini adalah mereka yang menyertai PPBM dan kemudiannya menyingkirkan pengerusi parti Dr Mahathir Mohamad,” katanya.

Mahathir merupakan pengerusi PPBM merangkap perdana menteri hingga Mac apabila beliau meletakkan jawatan selepas PPBM bekerjasama dengan ahli Parlimen PAS dan Umno untuk membentuk kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sumber itu berkata beliau berharap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu tidak akan bersetuju dengan sebarang cadangan untuk mengisytiharkan darurat atau menggantung Parlimen.

“Ini akan mengucar-kacirkan negara dan ekonomi. Ia memberi isyarat yang salah kepada komuniti antarabangsa dan pelabur. Ini bukan sesuatu yang kita mahu,” katanya.

Beliau berharap ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM memiliki keberanian untuk menyoal pemimpin parti mengenai alasan darurat atau menggantung Parlimen.

Beliau berkata Malaysia memerlukan reformasi menyeluruh sistem politik ke arah sistem 2 parti, dengan menghapuskan parti berasaskan kaum dan amalan lompat parti. FMT

Pengisytiharan Darurat: Selepas YDPA jumpa Raja-Raja Melayu, Ini dua pilihan yang ada

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker