Ini Bayaran Artis-Artis Wanita Yang Terbabit Pelacuran, Ada Sampai RM88k!

Bintang filem dan TV dari Indonesia dengan nama inisial HH terbabit dengan kes pelacuran di sebuah hotel di Medan pada hari Isnin pagi, 13 Julai 2020. Spekulasi tersebar mengatakan, bintang tersebut adalah Hana Hanifah, yang ditahan oleh pihak polis di Medan.

Ini bukan kali pertama pelacuran artis yang menghebohkan di Indonesia. Vanessa Angel juga terjerat dalam kes yang sama di Surabaya pada tahun 2019. Dia diseret ke dalam kes rangkaian pelacuran artis yang menyeret banyak nama lain.

Dari info yang kami peroleh dari laman IntipSeleb, berikut adalah kadar bayaran bagi setiap artis yang terbabit dengan pelacuran yang didedahkan oleh polis.

Vanessa Angel

VIA Jatimplus

Bayaran yang dikenakan oleh Vanessa Angel ketika melayani seorang usahawan bernama Rian adalah IDR 80 Juta atau sekitar RM 23, 521. Ahli perniagaan itu, yang tidak diketahui wajahnya berani membayar mahal kerana mengaku sebagai peminat Vanessa Angel.

Avriellia Shaqqila

VIA Palu Expres

Avriellia Shaqqila juga pernah ditahan bersama Vanessa Angel di Surabaya. Berdasarkan kenyataan pihak polis di Daerah Jawa Timur AKBP Arman Asmara, wanita ini dibayar sehingga IDR 25 Juta atau sekitar RM 7,350.

Hana Hanifah

Ketua Polis Medan, Riko Sunarko mengatakan HH datang ke Medan setelah menerima bayaran dari seorang ahli perniagaan sebanyak IDR 20 juta atau sekitar RM5,880. Ahli perniagaan itu telah menghantar wang terus ke akaun HH.

Maulia Lestari, Fatya Ginanjarsari, Aldira Chena, dan Tiara Permatasari

Nama-nama di atas telah dimasukkan dalam senarai artis yang dipanggil oleh Polis Daerah Jawa Timur sebagai saksi kes rangkaian pelacuran pada Januari 2019. Ketua pihak polis Daerah Jawa Timur, Inspektur Jeneral Luki Hermawan mengatakan harganya di antara IDR 25 juta (RM7,350), IDR 100 juta (RM29,000), hingga IDR 300 juta  (RM88,000) sekali sehari bergantung kepada tahap populariti artis itu.-Murai

Sindiket pelacuran masih aktif, tidak peduli COVID-19

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker