Ada Petugas Baris Hadapan Diambang Menyerah Kalah

Gambar Hiasan

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perang menentang Covid-19 sejak 10 bulan yang lalu semakin membawa kesan ke atas frontliners atau petugas baris hadapan di negara ini.

Kata Ketua Pengarah Kesihatan itu, berkerja 24 jam sehari selama 7 hari seminggu membawa kesan ke atas mental dan fizikal mereka.

“Ada yang sudah bersedia untuk menyerah kalah,” katanya melalui media sosial milik beliau.

Nak bunuh diri konon, sudahnya menyerah diri

Dr Hisham menggunakan pepatah bahasa Inggeris “throw in the towel” untuk memberitahu situasi sebahagian petugas baris hadapan berkenaan.

Beliau sebenarnya menyeru kepada semua pihak agar bersatu menentang Covid-19 dan jangan berpecah belah.

Perpecahan jelas beliau menjadikan kerja petugas baris hadapan semakin sukar.

Walaupun tidak dinyatakan secara langsung, namun beliau dipercayai merujuk kepada situasi politik semasa di negara ini.

Lelaki dakwa jual organ manusia direman 7 hari

Ketika ini Malaysia sedang melalui ketidaktentuan politik yang agak teruk sehingga muncul ura-ura kerajaan terpaksa mengisytiharkan darurat.

Situasi gelombang ketiga Covid-19 yang sedang berlaku memperlihatkan jumlah kes harian yang dilaporkan semakin menghampiri 4 angka.

Manakala semalam, negara menyaksikan 10 kematian dilaporkan, yakni yang tertinggi dalam satu hari.

“Sila belajar dari PRN (pilihan raya negeri) Sabah,” katanya. – Mynewshub.TV

Suami penggal kepala isteri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker