100 ahli akademik tandatangan petisyen tolak darurat

SHAH ALAM – Seramai 100 ahli akademik menandatangani petisyen menolak pengisytiharan darurat seperti dicadangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) bagi menangani krisis koronavirus (Covid-19).

Dalam satu kenyataan bersama hari ini, kumpulan ahli akademik tersebut meminta kerajaan memberi tumpuan kepada kepentingan rakyat, menghentikan politiking, menyelesaikan masalah secara jujur dengan berunding dan tidak mengisytiharkan pemerintahan darurat.

Kata kenyataan itu, pemerintahan darurat hanya akan merosakkan kedudukan antarabangsa, reputasi kewangan, iklim pelaburan, dan kredibiliti pemerintahan negara kita.

Senarai 115 ilmuan PHD seru sokongan pada Muhyiddin

Berikut kenyataan yang dikeluarkan:

Kami, yang bertandatangan di bawah ini, memerhatikan dengan penuh prihatin dan khuatir yang amat sangat tentang perkembangan politik terkini mengenai laporan bahawa Kabinet menasihati Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan pemerintahan darurat.

Menurut Fasal 150 Perlembagaan Persekutuan, pengisytiharan darurat dapat dikeluarkan oleh SPB Yang di-Pertuan Agong jika Seri Paduka Baginda berpuas hati bahawa ‘satu keadaan darurat yang teruk berlaku di mana keselamatan, atau kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana sebahagian daripadanya terancam’. Pada masa kini, jelas sekali negara tidak berada dalam keadaan seperti itu.

Adalah jelas bahawa negara kita sedang menghadapi krisis ekonomi serta krisis kesihatan awam yang berkaitan dengan pandemik Covid-19 terutamanya di Sabah, dan kedua-dua krisis ini benar-benar membimbangkan.

Meskipun demikian, Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan memiliki sejumlah pilihan undang-undang dan juga pilihan langkah perubatan yang mencukupi demi meratakan lengkung jangkitan Covid-19, seperti yang dilakukan pada gelombang kedua.

Rakyat tolak darurat!

Kami khuatir tindakan mengisytiharkan pemerintahan darurat berdasarkan Fasal 150 didorong oleh situasi politik yang tidak menentu dalam pemerintahan PN itu sendiri dan kebimbangan bahawa Rang Undang-undang Belanjawan 2021 mereka akan dikalahkan dalam sidang Parlimen yang dijadualkan berlangsung pada awal November.

Sekiranya demikian, kami menggesa pemerintah PN dan semua anggota Parlimen lain supaya berfikir dengan tenang dan bertindak dengan penuh tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Kami berpendapat mereka harus menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bagi untuk memelihara cara hidup demokratik yang merupakan hasil peralihan demokrasi secara damai, di samping menjunjung kedaulatan undang-undang dan demokrasi berparlimen yang pencapaiannya telah meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa.

Dalam semangat demi melindungi kepentingan negara dan rakyat, mereka seharusnya menunjukkan sifat kenegarawanan dengan duduk bersama merundingkan belanjawan yang dipersetujui untuk diluluskan oleh Parlimen.

Kita semua tentu sedar bahawa pemerintahan darurat memberikan monopoli kuasa kepada Badan Eksekutif tanpa proses semak-dan-imbang yang perlu oleh Badan Kehakiman dan Badan Perundangan.

Pengisytiharan Darurat: Selepas YDPA jumpa Raja-Raja Melayu, Ini dua pilihan yang ada

Keadaan sedemikian hanya akan menjejaskan tadbir urus yang baik dan melemahkan pemerintahan menurut undang-undang dan akauntabiliti.

Sekiranya kita tidak mengambil berat perkara penggantungan dan pengabaian institusi demokrasi ini, akibatnya nanti akan menjerumuskan negara kita ke jalan kemunduran, iaitu pemerintahan autoriter dan diktator, suatu perkembangan yang biasa berlaku pada abad yang lalu.

Hal ini hanya akan merosakkan kedudukan antarabangsa, reputasi kewangan, iklim pelaburan, dan kredibiliti pemerintahan negara kita.

Inilah harga mahal yang kita semua – rakyat dan negara – akan terpaksa membayarnya nanti.

Sehubungan dengan itu, kami menyeru supaya semua pihak berfikiran waras dan tenang, bersifat hikmah dan menunjukkan prinsip kenegarawanan: tumpukan kepada kepentingan rakyat, hentikan politiking, selesaikan masalah secara jujur dengan berunding, sekali-kali jangan isytiharkan pemerintahan darurat!

Senarai penandatangan:

1. Prof Emeritus Datuk Dr Abdul Rahman Embong, pesara akademik

2. Prof Emerita Datuk Dr Wazir Jahan Karim, ‘Anthropologist and Conservationist’

3. Prof Dr Syed Farid Alatas, Universiti Nasional Singapura

4. Prof Emeritus Dr Tham Siew Yean, pesara akademik

5. Prof Emeritus Datuk Dr Muhamad Salleh

6. Prof Zaharom Nain, University of Nottingham Malaysia

7. Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

8. Prof Dr Maude E Phipps, Monash University Malaysia

9. Prof Dr Edmund Terence Gomez, Universiti Malaya (UM)

10. Prof Dr Sharmani Patricia Gabriel, UM

Ku Li gesa raja tolak cadangan ‘PM tidak sah’

11. Prof Dr Teh Yik Koon, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia

12. Prof Dr Mohamed Aslam Haneef, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

13. Prof Dr Nor Faridah Abdul Manaf, UIAM

14. Prof Dr Chin Yee Whah, Universiti Sains Malaysia (USM)

15. Dr Ong Puay Liu, pesara profesor antropologi

16. Abdul Halim Ali, pesara profesor sosiologi

17. Datuk Dr Ahmad Mahdzan Ayob, pesara profesor dan bekas timbalan naib canselor universiti

18. Dr Francis Loh Kok Wah, pesara profesor politik

19. Dr Subramaniam Pillay, pesara akademik dan pengasaa bersama Aliran

20. Dr Madeline Berma, pesara akademik dan felo Akademi Sains Malaysia

Lim Kit Siang tawar Muhyiddin kerjasama selain pilihan darurat

21. Norani Othman, pesara profesor sosiologi

22. Prof Madya Dr Helen Ting, UKM

23. Dr Hew Wai Weng, UKM

24. Prof Madya Dr Lew Bon Hoi, New Era University College

25. Dr Lai Suat Yan, UM

26. Dr Khoo Ying Hooi, UM

27. Prof Madta Dr Yeoh Seng Guan, Monash University Malaysia

28.Prof Madya Dr Kuik Cheng Chwee, UKM

29. Dr Mohd Faizal Musa, UKM

30. Dr Greg Lopez, Murdoch University

31. Dr Charis Quay Huei Li, Université Paris-Saclay

32. Dr Rusaslina Idrus, UM

33. Dr Phua Kai Lit, pesara profesor madya

34. Prof Madya Dr Sumit Mandal, University of Nottingham Malaysia

35. Dr Por Heong Hong, USM

36. Dr Lim Teck Ghee, pesara akademik

37. Prof Madya Dr Khoo Gaik Cheng, University of Nottingham Malaysia

38. Dr Mazlan bin Che Soh, Universiti Teknologi MARA (UiTM)

39. Dr Chong Wu Ling, UM

Jika Anwar tidak setuju gencatan politik baru guna kuasa YDPA

40. Dr Muhamad Azwan Abd Rahman, Universiti Utara Malaysia (UUM)

41. Mr Bealeatham Kalimuthu, pesara akademik

42. Dr Teo Lee Ken, penyelidik bebas

43. Muhammad Ariff Asyrul Adnan, UiTM

44. Rosli H Mahat, pesara profesor madya fizik

45. Dr Omar Shawkataly, pesara akademik

46. Dr Ngo Sheau Shi, USM

47. Dr Yuwana Podin, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas)

48. Dr Tunku Mohar Tunku Mohd Mokhtar, UIAM

49. Azmyl Yusof, ‘Sunway University’

50. Dr Andrew Aeria, pesara akademik

Pensyarah dilarang mengulas isu politik sensitif?

51. Tricia Yeoh, calon Ijazah Doktor Falsafah (PhD) ‘University of Nottingham Malaysia’

52. Dr Azmil Tayeb, USM

53. Dr Koh Sin Yee, Monash University Malaysia

54. Dr Brendan J Gomez, ‘independent scholar’

55. Dr Show Ying Xin, ‘Australian National University’

56. Dr Ramze Endut, UKM

57. Dr V Selvaratnam, pesara akademik

58. Haris Zuan Jaharudin, ahli akademik dan calon PhD ‘Cranfield University’

59. Fatimah Mohd Tajuddin, ahli akademik dan calon PhD

60. Mohd Sazni, calon Ijazah Sarjana

61. Syahida Johan, ahali akademik

62. Ooi Kok Hin, calon Ijazah Sarjana dan penyelidik bebas

63. Zikri Rahman, calon PhD ‘National Chiao Tung University’

64. Helmy Muhammad, calon PhD

65. Aisyah Tajuddin, ahli akademik

66. Nabilah Huda, ahli akademik

67. Fairuzzaman Shaharuddin, calon PhD

68. Dr Wan Manan Wan Muda, pesara akademik

69. Dr Azizan Bahari, pesara akademik dan penulis

70. Dr Wan Puspa Melati Wan Abdul Halim, ahli academik

71. Marilyn Ong Siew Ai, pesara akademik

72. Dr Athi Sivan T Mariappan, penyelidik bebas

73. Dr Chan lean Heng, pesara akademik

74. Dr Wilson Tay Tze Vern, Taylor’s University Malaysia

75. Fang Yi Xue, INTI International University) dan calon PhD

76. Dr Lee Hwok Aun, ISEAS-Yusof Ishak Institute

77. Dr Sharifah Munirah Alatas, UKM

78. Dr Chai Ming Hock, USM

79. Ab Bassit Husain, ahli akademik Universiti Kuala Lumpur

80. Akmal Hisham Abdul Rahim, UiTM

81. Aznijar Mohd Yazid, UM

82. Dr Simon Soon, UM

83. Dr Chang Teck Peng, Tunku Abdul Rahman University College

84. Dr Wong Kok Keong, Berjaya University College

85. Dr Welyne Jeffrey Jehom, UM

86. Dr Ngeow Chow Bing, UM

87. Dr Muhamad Nadzri Mohamed Noor, UKM

88. Dr Peter Chang, UM

89. Prof Madya Dr Sivachandralingam Sundara Raja, UM

90. Prof Madya Dr Chang Yun Fah, Taylor’s University Malaysia

91. Mr U K Menon, Ketua Pegawai Eksekutif Espact Education

92. Dr Johan Saravanamuttu, Professor Emeritus, USM

93. Dr Cecilia Ng, pesara akademik

94. Dr Fiona Lee, University of Sydney

95. Dr Tan Beng Hui, penyelidik bebas

96. Dr Tan Sooi Beng, pesara profesor muzik

97. Andrew Khoo, bekas felo profesional komanwel

98. Dr Agnes Yeow, UM

99. Prof Madya Dr Leong Kar Yen, Tamkang University Taiwan

100. Dr Ngu Ik Tien, UM

Saya tiada kepentingan peribadi untuk jawatan PM

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker