PRK SEMENYIH – CALON PH TIDAK DISENANGI, ADAKAH CALON AKAN DITUKARKAN MENJELANG PENAMAAN ESOK?

Protes Terhadap Calon, Mungkinkah Berlaku Kejutan Dalam Kem Pakatan Harapan Esok?


Semalam calon mewakili Pakatan Harapan dalam Pilihanraya Kecil N24 Semenyih diperkenalkan. Bagaimanapun kurang 24 jam calon diperkenalkan suara suara tidak puashati Ahli dan Penyokong PH sudah bertebaran termasuk di media sosial. Menyentuh mengenai rasa tidak puas hati, sudah tentu ada foto yang berbicara tanpa suara namun memberi pengertian yang sinis. Lihat sahaja foto (atas) di mana wakil parti sekutu (berbaju kemeja putih) yang seperti tidak merestui calon PPBM. Mungkin pandangan berbeza namun ‘Bahasa Badan’ seolah menampakkan ada protes senyap berlaku. Diburukkan lagi sehari sebelum pengenalan calon, tindakan Tun M telah menyebabkan pertelagahan antara DAP, PKR dan PPBM berlaku.


Apa yang agak menarik untuk difikirkan ialah calon yang dikemukakan PPBM dipersoalkan ahli PH sendiri. Agenda ‘Kronisme dan Nepotisme’ dalam menentukan calon PPBM  dikatakan telah banyak merobek hati Ahli PPBM itu sendiri, namun demi menjaga EGO mereka hanya berdiam diri tetapi serangan terhadap calon dan kepimpinan atasan PPBM menggunakan medium maya dilancarkan menggunakan akaun palsu. Tidak keterlaluan jika dikatakan ada juga serangan di media sosial dilakukan sekutu dalam Pakatan Harapan sendiri tetapi mereka cuba menuding pihak lawan. Modus operandi sebegini merupakan senjata ampuh Pakatan Harapan dalam strategi menyalahkan pihak lain sedangkan perkara tersebut dilakukan pihak mereka sendiri. Lihat sahaja pentadbiran PH hari ini, bagi mengelakkan kritikan RAKYAT maka dengan mudah mereka menuding pihak lain. Bak kata pepatah ‘Bapa Borek, Anak Rintik’ jadi tidak menghairankan jika penyokong mereka (PH) melakukan perkara sama sedangkan mereka sedar serangan itu datangnya dari pihak mereka sendiri.

Hari ini tular pula sekeping foto seorang ahli politik veteran di Semenyih yang telah ‘MELOMPAT KATAK’ dan menyertai PPBM sebagai ahli seumur hidup. Beliau yang dikenali dengan sikap ‘Cah Keting’ mungkin cuba meluahkan kekecewaan apabila namanya tidak tersenarai sebagai calon PRK Semenyih. Bayangkan jika berlaku sesuatu yang ‘Luarbiasa’ dalam PRK ini sedangkan semalam dikatakan hingga 13 bilik gerakan PPBM ditutup sebagai tanda protes ahli terhadap kepimpinan PPBM sendiri.

Berikutan protes yang sedang terjadi dalam kem PPBM, mungkinkah akan berlaku kejutan pada hari penamaan calon? Tidak mustahil pertukaran calon boleh dilakukan kerana jika dibiarkan protes dalaman dan dari sekutu PH berlaku, kebarangkalian Pengarah Pilihanraya Pakatan Harapan Dato Seri Mukhriz Mahathir akan menanggung malu apabila calon pilihan PPBM kalah teruk pada 2 Mac 2019. Sudah pasti Mukhriz tidak mahu ini terjadi sekaligus mencalarkan reputasi beliau yang kini dibebani persoalan mengenai kewujudan sijil palsu akademik para pemimpin Pakatan Harapan. Apakah tindakan terbaik PH esok? Kekalkan calon dan ambil risiko sabotaj dalaman atau akur dengan kehendak penyokong serta sekutu PH? 

 

Sumber  https://yusmanzaharizakaria.blogspot.com/

“Bapa OKU, anak pula curi kerusi roda bapa..” – Uncle Kentang Sebak [ VIDEO ]

 

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker