KJ setuju dengan permintaan Mahathir, permusuhan antara mereka tidak perlu dipanjangkan lagi

SEREMBAN – Bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menganggap isu yang berbangkit antara beliau dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah pun selesai.

Khairy yang juga bekas Ahli Parlimen Rembau itu berkata, beliau bersetuju dengan permintaan Dr. Mahathir bahawa tiada keperluan untuk isu antara mereka dipanjangkan lagi.

“Saya rasa Tun (Dr. Mahathir) dan saya, kami telah selesai bab itu. Beliau pun kata dalam temuramah itu tidak perlu dibincangkan lagi.

“Sudah lah (bangkitkan isu antara kami). Cukup lah (henti bincangkannya lagi),” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Pasukan Jelajah Negeri Sembilan 2023 di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas rancangan temubual podcast (audio siar) Keluar Sekejap yang menjemput Dr. Mahathir sebagai tetamu kelmarin.

Keluar Sekejap dikendali dan dihoskan oleh Khairy bersama bekas Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin memberitahu, terdapat pemintaan untuk episod kedua bersama Dr. Mahathir, tetapi pihaknya memutuskan ia mungkin tidak dibuat dalam masa terdekat.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker