Jelaskan pelan tindakan jika isytihar darurat

Share

KUALA LUMPUR – Kerajaan bertanggungjawab menjelaskan kepada rakyat pelan tindakan kesihatan sekiranya terpaksa mengisytiharkan darurat ekoran kes wabak koronavirus (Covid-19) yang semakin membimbangkan di negara ini.

“Kalau kerajaan nak isytihar darurat sudah tentu perlu dilihat apakah perancangan bagi menangani Covid-19, kalau dikatakan Covid-19 itu penyebab (untuk isytihar darurat)…kalau dikatakan penyebaran Covid-19 itu sebagai satu alasan (untuk isytihar darurat) maka kita perlu meneliti apakah tindakan kerajaan.

“Kerajaan juga perlu bertanggungjawab untuk menjelaskan kepada rakyat apa pelan tindakan yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi menangani isu ini,” katanya ketika ditemu bual Bernama TV di sini hari ini.

Mengulas mengenai persoalan kuasa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengisytiharkan darurat, Shamrahayu menjelaskan terdapat dua pandangan utama mengenai perkara itu.

Darurat tidak semestinya dilaksanakan di seluruh negara

Katanya pandangan pertama melibatkan keputusan kes Teh Cheng Poh oleh Privy Council pada tahun 1979 yang menyatakan tindakan Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan darurat adalah atas nasihat jemaah menteri.

Namun pada 1981, pindaan telah dibuat pada Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan Fasal 8 kepada Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan iaitu tindakan yang dibuat Yang di-Pertuan Agong berkaitan pengisytiharan darurat tidak boleh dipersoalkan di mahkamah, jelasnya.

“Kuasa Yang di-Pertuan Agong juga boleh mengisytiharkan pengakhiran darurat seperti menurut Perkara 150 Fasal 3 Perlembagaan Persekutuan menerusi satu resolusi yang dipersetujui oleh Parlimen.

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

“Contohnya seperti apa yang berlaku pada tahun 2011 apabila kerajaan pada ketika itu telah menarik balik proklamasi darurat juga undang-undang darurat, yang bermaksud ia perlu melalui Parlimen,” katanya.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, Kuantan selepas mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya dipercayai bagi membincangkan isu-isu semasa. – Bernama

Leave a Reply