Penjualan Hotel Royale Chulan : Adakah Mohd Sabu cuba menipu – Najib

Selepas saya membuat hantaran semalam tentang penjualan Hotel di Bukit Bintang milik LTAT melalui Boustead kepada syarikat Singapura dengan harga yang rendah, tiba-tiba Mat Sabu mengeluarkan kenyataan hari ini.

Dia kata penjualan itu belum muktamad dan masih dalam proses memilih pembeli dan keutamaan akan diberi kepada pembeli tempatan.

Dia juga kata tanah dan lokasi hotel itu strategik dan akan masih mencari harga jualan yang lebih tinggi.

Maksudnya, masih mahu jual-lah.

Tetapi, Mat Sabu mungkin tidak tahu bahawa Boustead sudah buat pengumuman rasmi kepada Bursa Malaysia pada hari Selasa minggu lepas
http://www.bursamalaysia.com/market/listed-companies/company-announcements/6067217

Boustead mengesahkan mereka sudah menandatangani surat setuju terima dari syarikat Singapura itu.

Wang deposit RM3.94 juta (2%) pun sudah masuk poket Boustead.

Saya tidak mahu tuduh Menteri Pertahanan kita sedang menipu.

Menteri Pertahanan itu satu jawatan yang berat tanggunjawabnya.

Tak mungkin Menteri ini seorang penipu.

Tetapi, jika Mat Sabu bukan penipu maka Boustead sudah melakukan kesalahan undang-undang kerana telah membuat pengumuman palsu kepada Bursa Malaysia.

Hukuman ini di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2009 adalah penjara sehingga 10 tahun dan denda sehingga RM3 juta.

Abang Mat, bagaimana ni?

Siapa yang “masak” sekarang?

Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker