Covid-19 : Kali pertama 4 angka, 1228 kes hari ini dengan 7 kematian

Share

Kes baru Covid-19 pertama kali mencecah 4 angka, iaitu 1,228 kes dengan 7 kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Ini adalah rekod baru kerana jumlah tertinggi sebelum ini ialah 871 kes yang dicatatkan 18 Okt lalu.

Status Terkini COVID-19 Di Malaysia,
24 Okt 2020
Kes sembuh=671
Jumlah kes sembuh=16,555 kes
Kes baharu positif=1,228
(kes import=11, kes tempatan=1217)
Jumlah positif=25,742 kes
Kes kematian=7
Jumlah kes kematian=221 kes
Kes dirawat di ICU=92 kes
Bantuan Alat Pernafasan=31 kes


671 kes sembuh dilaporkan hari ini. Jumlah kes sembuh terus meningkat kepada 16,555 bersamaan 64.31%

Terima kasih petugas kesihatan!

Kes sembuh mengikut negeri:
– Sabah (449 kes);
– Selangor (83 kes);
– Pulau Pinang (68 kes);
– Perak (61 kes);
– Negeri Sembilan (3 kes);
– Sarawak (2 kes);
– Kedah (2 kes);
– Melaka (1 kes);
– Terengganu (1 kes); dan
– Pahang (1 kes).

PECAHAN KES BAHARU (1,228)

SABAH – 889
– 500 kes daripada kluster-kluster, termasuk 8 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Mesra dan Kluster Megah
– 253 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
– 136 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

NEGERI SEMBILAN – 96
42 kes daripada kluster-kluster yang sedia ada dan 54 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kaya.

SELANGOR – 76
– 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 1 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Bah Kayu
– 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
– 13 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

KEDAH – 76
-74 kes daripada kluster sedia ada
-2 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah)

PENANG – 23
– 19 kes daripada kluster-kluster sedia ada
– 3 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-1 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

LABUAN – 21
-20 kes daripada kluster-kluster sedia ada
-1 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19

KUALA LUMPUR – 19
– 4 kes saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-2 kes daripada kluster sedia ada
-2 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

PERAK – 10
– 5 kes daripada kluster sedia ada
-5 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

SARAWAK – 8
-3 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Baki
-3 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-2 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

JOHOR – 7
-5 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kempas
-1 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-1 kes darpada lain-lain saringan COVID-19

MELAKA – 3
-2 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19
-1 kes daripada lain-lain saringan COVID-19

Berita lanjut menyusul

Leave a Reply