Bakal bergelar bapa, GRAB FOOD Rider maut dilanggar lari ketika hantar tempahan – Al-Fatihah

Sejak pagi tadi, tular di media sosial berkenaan gambar seorang Food Rider yang meninggal dunia apabila terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori pasir di persimpangan masuk Manjalara sekitar jam 2 petang semalam.

Dilanggar lari

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Badrul Hisham bin Mohd Saufi dikatakan menjadi mangsa langgar lari ketika sedang dalam perjalanan menghantar tempahan kepada pelanggan.

 

Berpuluh runner Grab Food datang membantu

Kehadiran puluhan rakan Allahyarham di tempat kejadian meninggalkan rasa sebak kerana masing-masing menghulurkan bantuan bagi memastikan jenazah Badrul Hisham diuruskan sebaiknya sebelum ketibaan ambulans.

Perkongsian tersebut dibuat oleh keluarga Allahyarham sendiri menerusi  akaun Instagram yang menggunakan nama Pisang Letop.

Bakal bergelar bapa

Apa yang lebih menyedihkan adalah lagi empat hari sahaja Allahyarham akan menyambut hari lahirnya dan sangat teruja untuk menghantar isteri tersayang melakukan pemeriksaan kandungan serta membeli barangan keperluan untuk bayi yang bakal lahir tidak lama lagi.

 

Majlis hari lahir bertukar majlis tahlil

Namun semuanya sudah bertukar apabila sambutan hari lahir yang sepatutnya disambut tidak lama lagi bertukar menjadi majlis tahlil.

Ibu kepada Badrul Hisham turut meluahkan rasa hiba diatas pemergian anak tersayang di Facebook dan meminta orang ramai untuk mendoakan kesejahteraan roh anaknya di alam sana.

 

Meninggal Dunia ketika cari rezeki HALAL

Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen di Instagram Pisang Letop, rata-rata kenalan dan warganet telah menzahirkan ucapan takziah diatas pemergian Allahyarham.

Mereka juga mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan seluruh ahli keluarga dapat menerima dugaan ini dengan hati yang redha.

Semoga ditempatkan dalam kalangan orang beriman

Tak kenal tapi rasa arwah orang yang baik

Sumber: Jabatan Netizen NegaraPisang Letop, Roslina A. Rashid

Kredit : OhMyMedia

Pejalan kaki maut dipercayai dilanggar lari

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker