Taklimat KP Kesihatan Dibatal, Mengesahkan Spekulasi Darurat

Share

CYBERJAYA – Pembatalan taklimat harian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengenai pandemik Covid-19 petang ini menguatkan lagi khabar angin Yang Di Pertuan Agong akan mengisytiharkan darurat politik.

Kementerian Kesihatan memaklumkan kepada media taklimat harian Tan Sri Noor Hisham Abdullah dibatalkan pada hari ini tanpa memberi sebarang alasan.

Sebelum ini SuaraTV melaporkan kabinet membincangkan cadangan menggantung Parlimen, dan mengisytiharkan darurat politik selama 6 bulan sebelum diadakan Pilihan Raya Umum.

Leave a Reply